Saya melihat pawana berlari lagi. masih keras. dan saya sedar betapa di situ letak keyakinan dan kepercayaan. dia seperti selalu banyak menyimpan cerita. katakan apa sahaja, dari kisah luka, keliru, kecewa atau apa yang dinamakan derita. ah, angin keras, pawana yang datang dalam gelombang, bayu yang menyelinap antara cemara jarang, dan saya masih mahu mengerti makna yang banyak dari tebalnya bunyi...
Comments
Saya seperti mahu menangis Dr.
Usai membaca tulisan ringkas Dr., sungguhlah banyak yang bersarang di hati.
-Nor Azizah.
Aku turut..
memang bersarang lama...
Dr Mawar, maaf, saya lupa perkenalkan diri saya.Nama kampung saya mata pelanduk, tapi di KL ni, mereka senang memanggil saya ardisia crispa, jgn gundah gulana ya Doc., tapi jika ada sedikit kesedihan, itu adalah biasa, lumrahnya manusia, dan saya amat percaya, sememangnya Dr Mawar seorang yg tabah dlm menghadapi apa jua kemungkinan.Cubalah senyum ya!
terima kasih ya.
benarlah kata pujangga, dalam sarat rasa, akan terlahir jujurnya kata...
:)...terkadang kita sering lupa ada sesuatu yang begitunya kita biarkan ianya hilang dan lenyap tanpa persoalan tentang erti dan maksud tersirat yang mendewasakan akhlak kita sebagai insan :)
hmmm shukran :)
banyak yang kita lupa dan tidak kita tahu makna kejadian. wallahua'lam.