Banyak yang mengecewakan, banyak yang membuat hati saya mahu memfitnah, apabila harapan dan hasrat tidak seperti yang direncana. alhamdulillah pagi ini, Ustaz Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkali-kali berkata, pujuklah hati mengingat dan mencintai Allah dan Rasul. pujuklah, bukalah hati dan saya berkali-kali mengulangnya sendiri. apa pula kaitan bola putih yang hampir jatuh ke sasaran ini? mungkin itulah ibarat kecewa saya ...
Comments
alangkah ringannya beban di pundak dan kepala, saat ada yang mengamankan begini. terima kasih Diana. alhamdulillah...
tak mampu utk menyusun kata-kata perangsang, hanya mampu berkata yg biasa2 "Tabahkan hati!"
Saya tawarkan bahu saya, jika itu boleh membantu...
kata-kata biasa tidak jarang merubah rupa menjadi kata-kata yang berkuasa, pada saat yang genting. terima kasih, kawan!
terima kasih kerana selalu mahu berada di samping pada ketika yang genting!
bukankah hidup ini padang uji yang sentiasa menguji hamba-Nya? justeru, moga kau terus kental dan tekal mengharunginya. dan pasti, setiap uji kan tiba "kekuatan" yang luar biasa tentunya, doa saya buat kanda:-)
terima kasih. insya Allah cuba jadi kuat dan semakin percaya hanya DIA tempat kita meletakkan harap. sedangkan yang lain ...