Terima kasih buat Zahar dan Alif Matiin yang meraikan tahun kelahiran bermakna kali ini dengan kek cokelat yang enak. terima kasih buat semua yang mengirim ingatan dan doa lewat sms dan fb. hanya Allah yang memulangkan kebaikan sdr. doa saya mengiringi persahabatan dan persaudaraan kita. buat wanita tercinta, hanya syurga saya mohon Allah kurniakan buat bonda kerana melahir dan mengasuh saya.


Terima kasih Tuan Editor, Sdr Ku Seman Ku Hussain atas penyiaran cerpen ini pada 27 Februari di Mingguan Malaysia!

Comments

RayyanZilfi said…
Dr Mawar,
Entah kenapa, antara banyaknya cerpen Dr Mawar, yang satu ini saya rasa paling memikat hati, mudah difahami dan tak puas untuk dibaca lagi.Tahniah.Ya,...COKLAT!
diana UKM(06-09) said…
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran Dr. Mawar..mendoakan yang terbaik untuk Dr. Mawar dalam segala aspek....mengenali Dr Mawar adalah satu "pertemuan" begitu Indah...semoga panjangumurmu dan murah rezki...aminnn
Anonymous said…
Dr,
Selamat hari lahir. Semogan dipanjangkan usia dan senantiasa dalam rahmat dan Nikmat Allah S.W.T. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. Murid 1999/2000
Mawar said…
Rayyan,
terima kasih. akan terus menulis dengan lebih baik dan lebih baik. insya Allah.
Mawar said…
Diana,
alhamdulillah dan terima kasih atas doa dan ingatan. begitu juga buat Diana...amin.
Mawar said…
Anonymous,
oh, murid lama saya. terima kasih masih ingatkan saya. alhamdulillah.
Kakak,
teringat kakak pernah kata sedang membuat cerpen mengenai coklat. Wah ini hasilnya ya. Tahniah kak dan selamat ulang tahun kelahiran :)
Mawar said…
Hani,
terima kasih atas kesudian berbahagi cerita coklat. jaga dirimu di rantau orang, Hani Bunny!
Rositah Ibrahim said…
Saya tertinggal coklat kegemaran....saya berada di ukm sejak awal pagi hingga lewat malam pada tarikh itu kerana membawa peserta sekolah yang mengambil bahagian dalam FESTKIB.
Mawar said…
Itah,
oh di UKM rupanya!
Anonymous said…
Besi semberani tu apa? Semberani tu bukankah kuda bersayap?
Mawar said…
Anonymous
terima kasih atas perhatian membaca cerpen tersebut.

ya, benar. kuda semberani @ kuda bersayap.

ada juga disebut besi semberani @ besi berani (magnet).

begitulah tumbuhnya bahasa...