Dua kumpulan cerpen terawal Zaen Kasturi, Yuda (1992, DBP) dan Idola (1997, Sasbadi) diikuti dengan Rapsodi (1998, DBP) dan Taman Uzlah (2005, DBP). Esok, acara Wacana Zaen Kasturi, Sambutan Pemenang Anugerah SEA Write 2010 di DBP. hingga jumpa ya!

Comments

Anonymous said…
salam mesra Dr,

kami alumni MPR 2010 dijemput untuk hadir ke wacana pemikiran itu. sesi petangnya ada kunjungan hormat ke Bahagian Majalah.

sayangnya, saya tidak dapat hadir. besok ada kuliah Dr Misran. ehehehe.

selamat berwacana ^_^

-NOREHAN-
Dalam himpunan saya, judul Idola sahaja yang tiada. Saya akan mencarinya... saya memang pengumpul karya Zaen Kasturi
Mawar said…
Norehan,
sayangnya!
Mawar said…
Lily
kalau awak jumpa Idola, saya pun mahu satu naskah. ini buku lama dan "buku kecil" sasbadi. susah nak jumpa. saya pinjam dari perpustakaan OP melalui Makcik Timah...
Mawar,
InsyaAllah. Saya selalu membuat kunjung ziarah ke Chowrasta dan menyelongkar buku-buku lama di sana. Harap dapat ketemu Idola.
Mawar said…
Lily,
terima kasih didahulukan! moga jumpa.
Salina Ibrahim said…
Salam teman-teman,
Idola itu saya salah seorang tukang editnya ketika bertugas di Sasbadi dahulu. Itu adalah projek kumpulan cerpen mini yang melibatkan ramai pengarang. Saya sendiri terjumpa beberapa buah ketika selongkar rak buku sekolah di entah kedai apa di Jalan Tar. Dapatlah beberapa buku; termasuk Zaen, arwah OP, Hizairi, Faisal, Zaharah Nawawi, Nasrudin Dasuki, Abdullah Tahir & Uthaya. Mungkin ada di kedai-kedai buku sekolah yang buat jualan lambak. Kalau terjumpa, memang rezeki!
Mawar said…
Cik Sal
eh,saya mahu cari di sana! atau sesiapa yang terjumpa awal, tolong belikan dulu ya! terima kasih.