Pelajar sarjana falsafah saya sempat bercerita, seusai menyerahkan draf tesis. ceritanya, seorang lelaki Melayu pernah bertanya, apa manfaat seorang India sepertinya mengkaji sastera Melayu, ditambah soalan basi, apa pekerjaan yang dijanjikan? saya menampal foto di sebelah sebagai ucapan balas kepada tanggapan itu. semoga lelaki Melayu itu cepat sembuh.

Comments

Azizah said…
Salam Dr..


Apa pekerjaan nanti?
Alhamdulillah, saya sudah boleh 'berdiri' sendiri sekarang tanpa perlu mengharap ibu dan ayah dan saya bekas pelajar sarjana sastera. Terlalulah banyak prospek kerjaya. Tiada terkira. Rezeki Allah melata tumbuhnya..

:)

-Azizah
Mawar said…
Azizah
tahniah kerana menjadi insan yang bermanfaat untuk yang lain.
Azizah said…
Semoga selepas ini, tiada lagi yang meragui 'kerjaya' pada masa hadapan andai bidang sastera menjadi pilihan.

Amin~

:)


-Azizah
Gurindam Jiwa said…
Apakah bertanya itu suatu penyakit?
Mawar said…
Tuan Gurindam Jiwa
bukan 'bertanya'. tapi 'si bertanya'...
terima kasih atas perhatian.