Antara manfaat FB yang saya perolehi, adalah dapat bertemu kembali sahabat lama. saya melihat FB seperti ruang berkenalan waktu saya kecil/remaja dalam Bujal, yang setiap bulan dibekalkan abah. kami bersahabat dan berutus surat. waktu lampau, surat adalah ruang ekspresi dan berbahagi cerita. menulis surat di atas kertas kajang atau yang berbunga-bunga, menampal setem di atas sampulnya dan kemudian menanti deringan basikal posmen, adalah kebahagiaan yang luar biasa! saya pasti, tidak sama saat sekarang kita menerima deringan sms atau masuknya surat ke kantung emel. selamat bersahabat kembali Batman dan Nikita!

Comments

Assalammualaikum, Dr. Mawar

Saya juga berasakan betapa FB membantu saya untuk menjejaki kenangan dan kenalan yang terpisah dek masa dan haluan hidup masing-masing. Indahnya, juga apabila FB menemukan saya kembali dengan guru-guru yang pernah mengajar saya sewaktu di dalam sekolah rendah dahulu. Meskipun mereka tidak dapat mengingati saya namun dapat menjejaki dan berhubungan dengan mereka melalui FB setelah saya menginjak dewasa ini satu pengalaman yang amat berharga juga.
Mawar said…
Wardah
ada pula yang mengusik, apa ada pada "nostalgia"?!
Faizah Azaman said…
Dr. Mawar,

Saya baru sahaja menyahaktifkan FB. Kurang dua jam, teman-teman akrab menghubungi. FB, ruang komunikasi bagi orang yang berkerja tujuh hari seminggu dan kesempatan masa yang bersisa tidak membenarkan mata bertaut sambil mengirim ibtisam yang buahnya ukhuwwah!
ada memorabilia penyegar cerita. hehe.
Mawar said…
Faizah
semoga dengan terjalin kembali persahabatan lama, ada banyak hikmah dan kebaikan yang didapati...
Mawar said…
Wardah
pastinya. seperti kata sahabat lama saya itu - kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan!
ashraf adrutdin said…
Dr. Mawar,

Memang benar, teknologi kini memang sangat membantu kerana maklumat dan perkhabaran dicapai hanya sekadar beberapa kerdipan mata saja. Tetapi, bagi saya, ia tidak mampu membina nostalgia. Indah saat-saat bercinta dulu, berbalas surat, menanti si dia membalas, suatu ruang masa yang penuh debaran menantikan reaksi yang penuh memori dan nostalgik. Saat itu, tak mampu menyaingi pengalaman sekarang dengan bersms dan berfacebook. Umpama seni kita yang semakin terhakis kerana pembangunan teknologi global.
Mawar said…
Sdr Ashraf
benar. itu antara kenangan manis saya sewaktu remaja...
Wak Parjo said…
nak pinjam buku Bujal tu.. amat menyentuh perasaan dapat menatap wajah majalah kegemaran saya sewaktu kecil.
Mawar said…
Wak Parjo,
insya Allah nanti cari di rumah mak. yang ini saya geledah di google. ya, ini majalah zaman kita...