Hujung minggu saya menonton My Girl 2 sequel dari My Girl. kali ini saya mengikut Vada ke Los Angeles mencari cerita ibunya yang tidak pernah dia jumpa tetapi yang dia mahu tahu untuk ditulis dalam puisi, projek kelasnya. bertemu dengan Nick, mengingatkan saya kepada Thomas J yang mati disengat tebuan dalam filem awal ketika mencari cincin Vada, the mood ring. saya masih senang melihat gelagat tulus gadis comel yang mahu jadi pengarang ini. senang juga dengan lagu Smile yang memberi harapan....


Comments

ardisia said…
saya suka lagu Smile
ardisia said…
Hmm..terngiang2 pula di telinga.
Mawar said…
Ardisia,

terima kasih kerana ramah bertandang.
ya, filem yang bersegi-segi untuk kita pelajari; dari kisah anak mencari emak kepada kisah sahabat yang tulus, mereka yang simpati di setiap lorong-lorong kehidupan...

ya, kalau sempat menonton filemnya dapat tautkan kerinduan seorang anak terhadap ibunya yang tak pernah dia jumpa :-(
ardisia said…
Hm..Dr Mawar, meramahkan diri utk tidak melayani sangat sakit belakang ku ini.Terima kasih juga dgn keramahanmu walaupun hanya 'bersua' di sini.
Mawar said…
Ardisia
semoga cepat sembuh!