Seingat saya kali terakhir saya disolek 13 tahun lalu tatkala menjadi raja sehari. saya ingat, saya menegah mak andam daripada merapikan bulu kening. akhirnya ia hanya dibentuk menerusi celak. siang tadi saya disolek untuk satu slot rakaman tv. saya cemas bila melihat muka sendiri di cermin. ops! saya semakin cemas bila mengetahui cara kening saya digaris adalah incorrect seperti makluman di sebelah ini. alamak!

Comments

Assalammualaikum, Dr.

Hehe, catatann Dr mengingatkan saya pada kenangan sewaktu persembahan Randai Jun tahun lalu. Dua hari itu saya disolek. Habis gatal mata saya yang memang alah dan sensitif. Apabila pulang ke rumah, tengok wajah ... tergelak sendiri. Susah pula nak tanggalkan solekan tu.

alahai pengalaman.
Mawar said…
Wardah yang rajin datang betandang,

ya betul, memang susah untuk ditanggalkan! jujurnya saya rimas bila muka disolekkan. sedangkan sehari-hari muka saya hanya beralas bedak nipis ...
Dr. terima kasih kerana menerima kunjungan saya.

Ya, memang susah nak ditanggalkan! Apa-apa pun, apabila dikenang kembali, semua itu menjadi pengalaman yang melucukan pula.
Mawar said…
Wardah kembali,
heh memang melucukan. muka saya macam pelakon opera Cina!
Salam Mawar..
Hemm, catatan Mawar buat saya terkenang hari perkahwinan saya 18 tahun lepas. Saya berkeras tidak mahu kening dicukur. Mak Andam degil tidak mahu ikut kehendak saya. Alih-alih belum sempat selesai solekkan muka saya (baru sempat tempek bedak aje) mak andam tu kena gastrik.. mohon baring kejap.. ha ha ha saya dgn pantas solek muka sendiri dan selamatlah kening dari dicukur
Dr. itulah yang saya mahu katakan tapi malu pula. Memang macam opera cina.

Oh ya, Dr. diwawancara untuk rancangan apa ya? Saya tidak berkesempatan menontonnya.
Mawar said…
Lily
awak kalau bercerita mesti membuatkan saya sakit perut tahan ketawa. lucunya sejarah pengantin awak... wah 18 tahun ya...alhamdulillahi rabbil alamin. tahniah.
Mawar said…
Wardah,
nantilah saya maklumkan. ia masih perlu diajukan ke FINAS... terima kasih kerana minat bertanya.
ardisia said…
Adoi!
Hik hik hik!! tengah sakit belakang pun saya boleh ketawa! Terima kasih Dr Mawar.Oh kening!
Mawar said…
Ardisia

ya memang melucukan!