Keretapi agak akrab dengan jiwa Alif Matiin. selain teruja melihat keretapi dalam perjalanan pergi atau pulang dari sekolah, minatnya juga pada animasi Chuggington dan ini susunan legonya. pakar kanak-kanak, ada lapis makna kedua terhadap kecenderungan ini? nota: botol susu, sengaja diletakkan si pemiliknya...
Keretapi agak akrab dengan jiwa Alif Matiin. selain teruja melihat keretapi dalam perjalanan pergi atau pulang dari sekolah, minatnya juga pada animasi Chuggington dan ini susunan legonya. pakar kanak-kanak, ada lapis makna kedua terhadap kecenderungan ini? nota: botol susu, sengaja diletakkan si pemiliknya...
Comments
struktur binaan: mempunyai keseimbangan yang baik (logik dan daya kreatif), mempunyai daya tahan (kesabaran dan kesungguhan) yang agak baik, orang yang mahu melihat lebih jauh ke hadapan.
mungkin seperti anak kucing yang penuh curiosity.
aliff matiin nanti remaja dan dewasa bukan pemberontak orangnya, insyaallah.
saya fikir dia akan seperti mawar juga,insyaAllah.
bukankah kain itu dicorak oleh tangan ibu bapanya?
insyaAllah.
za
senangnya saya menerima tafsiran ini. amin! menjadikan saya mahu terus mendakap dan mencium rambut wangi Alif Matiin sebaik menjemputnya nanti. ya, anak syurga ini memang sangat sangat periang, komunikatif, pemerhati, penuh curiosity (meooww...). tapi hatinya lembut? oh, dia sangat keras pendirian! terima kasih ZA kerana membuat saya sangat bahagia.
ada beza tentang berhati lembut dengan keras pendirian. itu dua pegangan sifat yang berbeza.
banyak sekali orang yang hatinya lembut, tapi punya pendirian dan prinsip diri yang kadang dapat membawanya ke jalan syahid & fisabillillah.
lihat sahaja saudara2 kita yang pulang dari gaza (free gaza movement). kalau hatinya tidak lembut, mana mampu tergerak mahu membantu saudara islam yang lain. sedang dalam kelembutan itu, ada prinsip hidup berani mati kerana kebenaran yang diperjuangkan.
ah! mawar,
seperti tertuang dalam catatan sdsjkls (ds, mac 2005?)
"siapa yang mengenal siapa. malah saya sendiri tidak mengenal diri saya sendiri."
salam,
za
terima kasih, ya saya faham maksudnya. tapi anak kecil ini memang "keras" kok!
ya, mahu dihantar ke Bishan? :-)