Di atas reruntuhan rumah
ditumbuhi
anak kelapa dan semak
semalu, kulangkahi
bingkai dan gambar yang
sudah setengah terbakar,
kakiku yang basah
tiba-tiba dicengkam duri.
Dan tiga gadis bermain congkak,
tersentak, tersenyum sesama sendiri.

Dua anak yang
berebut layang
berkejar,
terhenti, menggigit jari,
memerhati aku
yang luka, berteriak,                            
lantas terbahak entah mengapa.

Mak Eson bertudung
hijau, parang di tangan
dan ranting-ranting
patah, berhenti
memberitahu di reruntuhan rumah
ada bingkai gambar
lama, dan tiga orang
pernah luka -
kini aku mengulanginya.

Semak semalu tergigil
menguncup, dan
anak-anak kini berebut
layang semula.

Aku memicit kaki
yang berdarah; menyedut
sedalamnya udara
sekitar reruntuhan rumah,
merasa gementar bahagia,
meskipun luka.

Ke Tempat Lahir
Daun Semalu Pucuk Paku
1975

Selamat panjang umur Pak Samad!


Comments

Anonymous said…
salam kak mawar,

oh, saya lupa hari ini ulang tahun pak samad..

-fadhilah-
Mawar said…
Fadhilah,
saya seboleh mungkin mengucap selamat pada setiap hari lahir sahabat dan kenalan. ada yang bertanya, bagaimana saya boleh mengingatnya? saya sebenarnya menyimpan sebuah buku kecil mencatat tarikh-tarikh istimewa itu. amalan ini saya warisi dari seorang ayahanda yang sudah pergi, Haji Saleh Daud...al fatehah.
Daun said…
salam.

selamat panjang umur pak samad.
saya sentiasa ingat ulangtahun kelahiran pak samad kerana tarikhnya 3 hari sebelum ulangtahun kelahiran saya... :)
Mawar said…
Daun,
selamat panjang umur!
Anonymous said…
salam kak mawar,

oo begitu.. bagus sekali..

saya simpan tarikh lahir sahabat dalam fon genggam..

mungkin boleh cuba kaedah kak mawar pula.. lebih kekal begitu..

-fadhilah-
Mawar said…
Fadhilah,
pengalaman simpan maklumat dalam telefon, akan hilang bila format semula. elok ada buku kecil, si comel tu...:-)