Beberapa hari ini saya jadi terbungkam dengan anehnya menjadi orang Melayu di negara Melayu. menghadiri beberapa mesyuarat tentang kedudukan bahasa bangsa saya ini, ya memang saya aneh, apabila bahasa sendiri perlu dimartabatkan di negara sendiri.
saya terkedu pula bila Alif Matiin akhir-akhir ini mendayu-dayu bernyanyi, tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang... dan saya sekarang mahu bertanya sama angin ...

Comments

Ainol Hasanal said…
Salam Dr. Mawar,

jawapan saya pula, pokok bergoyang disebabkan angkara gempa,atau tahi bintang sesat lolos di angkasaraya,atau warga ungka berlidah belang mengocak gelora bahasa bangsa.
saya tidak dapat mengubah ufuk fikir dan cita orang lain,namun saya boleh mengawal derap langkah, tutur kata dan tingkah diri dengan bangga berlidahkan bahasa ibunda yang santun lagi bertamadun.
Mohd Tarmizi Hasrah said…
Jika meletakkan fenomena "keterasingan bahasa Melayu dalam negara sendiri" dalam kerangka filosofi S. H. Al-Attas, ianya merujuk kepada perihal "watak tertawan". Tertawan pemikiran, dan berikut darinya tertawan pulalah apa-apa yang terzahir dari pemikiran itu.

Jika hendak mengubahnya mestilah tertuju kepada perubahan pemikiran, tapi mengubah pemikiran inilah yang paling payah.
Mawar said…
Sdr Ainol yang baik,
tahniah! seperti kata Frank Sinatra, "cara saya"...
Mawar said…
Tarmizi yang baik,
memang kita masih "tertawan" pada banyak sisi. malangnya...
Anonymous said…
Dr. Mawar,

Jika angin yang bertiup itu tidak disekat, bukan sahaja daun, bahkan akarnya akan tercabut sama.

Bahasa jiwa bangsa.

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita marilah amalkan ramai-ramai
bahasalah menyatukan kita semua
yakinlah bahasa jiwa bangsa

Marailah mari rakyat semua
amalkan bahasa kita
bahasa jiwa bangsa
Mawar said…
Prof Ungu
terima kasih atas semangat dan jiwa besar!