Terima kasih kepada pengunjung di Gerai MAPIM sabtu lalu. saya sangat berbesar hati menerima sokongan yang diberikan dan sepanjang pengetahuan saya sdr yang mendapatkan NIM bukan dari latar kesusasteraan. luar biasa sekali! semoga sdr mendapat manfaat dari NIM. ada yang bertanya selain dari PBKL, di mana boleh mendapatkan NIM. boleh hubungi saya, akan saya perpanjangkan kepada pihak Penerbit UKM untuk tujuan kiriman. harganya RM60 (493 hlm.) atau kurang lagi jika bertemu penulisnya. terima kasih ya!
Comments
Semoga sihat ya. Saya tidak dapat menemui Dr. sekarang namun saya tetap menyokong dan mendoakan kejayaan Dr. Gambate :)
Tahniah atas kejayaan buku tersebut.
terima kasih.
doa saya buat Wardah juga.
sejujurnya, saya terlalu kecil dan lemah untuk mengharumkan nama JPM sendirian. saya sangat rindukan Dr Siti Zainon Ismail, Dr OP, Dr Sahlan, Dr Mana, Dr Sidek, Dr Shafei, Prof Muhammad, Prof Siti Hawa, Dr Pozi, En Yusof...oh alangkah kalau saat ini semuanya bersama-sama kami! doakan saya bonda...
terima kasih. NIM sepanjang PBKL ada di gerai MAPIM. selain itu ada di kedai buku universiti dekat dengan Dataran Canselori, UKM. atau terus ke bilik kerja saya di FSSK. jumpa nanti ya!
Akan "menyambarnya" apabila keadaan diri mengizinkan...:)
semalam sempat menjengah MAPIM sempena PBAKL 2010. Buku Dr Mawar memang gah di rak. selaku ajk membeli buku,saya cadangkan buku Dr.dibeli oleh Perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Johor. Buku tersebut bakal menambah khazanah bangsa sekali gus 'mencerdikkan' minda dan 'menajamkan' pena rasa anak bangsa.
Syabas!
Bengkel Pemurnian karya kreatif UiTM Johor bakal meluncur di pantai Kampung Mukut, Pulau Tioman,pada 22-24 Jun 2010, boleh Dr. lapangkan masa pada tarikh tersebut?
terima kasih ya!
terima kasih atas usul itu.
ia perangsang untuk saya menulis lebih banyak dan lebih baik, insya Allah.
saya sudah maklumkan Syima. saya mohon maaf tidak dapat ikut serta di pulau cantik itu... :-(
Pencerekaan dalam Novel Sejarah pun masih belum bertanda tangan paling cantik...:-)
Saya tidak berkesempatan pada Sabtu itu, maklumlah bertugas di gerai majikan di Legar Putra..agak terkilan, apapun hati sedikit terubat bila tengahari semalam dapat bertemu Dr Anwar Ridhwan di pentas utama..lalu di situ utk makan tengahari.Harap sangat dapat membeli buku Dr itu.
tidak mengapa. terima kasih atas ingatan.
saya juga pernah dipanggil untuk jadi tukang pilih buku perpustakaan universiti beberapa tahun sudah di PBAKL. beribu juga saya gunakan, tapi tahun ini tidak dipanggil, mungkin mereka serik!?
terima kasih!
terima kasih!
Pakaian Cara Melayu....Dah ulang cetak ke 3, baru saya tahu....terima kasih UKM....cuma kalau penerbit beri tahu lagi lebih GUMBIRA NYA HATI...hahaaa salam ke warga PPBKKM
aduhai, mengapa begitu pula jadinya?