Saya membelek Dewan Sastera Mac 2010, membaca laporan HSPM. hey, masitah kecil saya diletakkan dalam senarai akhir kategori genre kumpulan cerpen. alahai masitahku!

Comments

Salam Mawar,
Saya lebih membayangkan "Masitah" mengungguli kategori ini. Namun, saya percaya Tuhan ada rencana lain untuk "Masihtah" dan juga "Sangkuriang. Mari kita petik hikmahnya. Apa pun, tahniah kerana memasuki senarai-pendek.
Rositah Ibrahim said…
Saya suka Masitah. Saya milikinya dngan tanda tangan penulisnya sekali!
Mawar said…
Nis
terima kasih atas keyakinan. orang kata, barang lepas jangan dikenang...
Mawar said…
Itah
ya, saya masih ingat mengirimnya lewat pos. terima kasih kerana terus menyokong.
Assalammualaikum, Dr. Mawar

Apa-apapun, tahinah kepada Dr. kerana kumpulan tersebut disenarai pendek. Dato' pernah menceritakan betapa watak Mashitah dalam Sesudah Perang memberi kesan yang mendalam terhadap Dr. sehingga diabadikan sebagai kumpulan cerpen Dr. Sesuatu yang memberi kesan sebegitu tentunya sesuatu yang mendalam untuk diuliti oleh orang lain juga.

Terima kasih atas perkongsian Dr.

Chaiyok!
Mawar said…
Wardah
terima kasih!
ya, itu antara cerpen luar biasa yang pernah saya baca. tekniknya sungguh "mencengkam" kreativiti saya. saya ingat menghubungi SN AR sewaktu beliau di Jepun dan saya mohon Masitah dihidupkan kembali dalam karya saya.
diana(ukm2006-2009) said…
salam Dr.Mawar...
tahniah.."Masitah" punya kekuatan sendiri....
tugasan untuk kursus Seminar KMelayu semester ini di UPSI sy menjadikan Masitah bahan kajian...
"Masitah:satu persepsi nilai emosi wanita"
Mawar said…
Diana
terima kasih kerana jadikan masitah kecil saya sebagai bahan kajian. semoga dapat kirim tulisannya nanti...
Daun said…
Aku juga memiliki kumpulan cerpen Masitah itu. Tapi aku bukan kalangan orang-orang pintar seperti kalian,haha!. Sekadar membaca memenuhi hobi dan masa lapang. Menarik juga cerpen-cerpen yang termuat di dalamnya. Ah, sesekali bermain emosi menghayati buah fikir penulis wanita yang pintar, aku kira dapat menjadikan hidup aku ini lebih berwarna-warni...
Mawar said…
Daun,
terima kasih. selamat maju jaya!
JBSKMKJ said…
"Masitah" karya yang menghiburkan dan menjentik minda.
Mawar said…
Nai
terima kasih kerana sanggup membaca Masitah.