Posts

Showing posts from March, 2010
Image
TAHNIAH!   mahasiswa SKMM1043 Cerpen Melayu dan SKMM6053 Seminar Sastera Bandingan yang menjayakan Hari Susastera@blogspot.com. sebanyak 13 blog sasterawan dan tokoh sastera bandingan dilancarkan oleh Prof Dr Ungku Maimunah Mohd Tahir sebagai tokoh jemputan. tokoh yang difokuskan kali ini adalah Ungku Maimunah Mohd Tahir , Budi Darma , Rattiya Saleh , Ishak Hj Muhammad , Usman Awang , Hamzah Hussain , Awam-il-Sarkam , A. Samad Said , Salmi Manja , Abdullah Tahir , Mana Sikana , Ali Majod dan Zaharah Nawawi . acara ini merupakan sebahagian penilaian kursus berkenaan; kali kedua ia dianjurkan mahasiswa sendiri. silalah berkunjung dan berilah tanggapan menambahbaik...
Image
Saya menulis tentang sahabat lama, Zakir , dalam buku baru kami ini. tulisan saya berjudul SM Zakir: Kreativiti dan Daerah Eksperimen. antaranya kecenderungan Zakir bermain dengan kemujaradan, imbas kembali dan intertekstual Buku ini terbitan ATMA, UKM.
Image
Bagi semua peminat puisi dan Shamsudin Othman , silakan ya!
Image
  Terima kasih kepada pengunjung di Gerai MAPIM sabtu lalu. saya sangat berbesar hati menerima sokongan yang diberikan dan sepanjang pengetahuan saya sdr yang mendapatkan NIM bukan dari latar kesusasteraan. luar biasa sekali! semoga sdr mendapat manfaat dari NIM. ada yang bertanya selain dari PBKL, di mana boleh mendapatkan NIM. boleh hubungi saya, akan saya perpanjangkan kepada pihak Penerbit UKM untuk tujuan kiriman. harganya RM60 (493 hlm.) atau kurang lagi jika bertemu penulisnya. terima kasih ya!
Image
Terima kasih saya kepada sdr Ku Seman Ku Hussain kerana menyiarkan rencana orang kecil ini, Manfaatnya Sastera Melayu dalam Mingguan Malaysia (mac 21, 2010). ia reaksi kepada tulisan beliau, Filem Tidak Memanfaatkan Sastera (mac 7, 2010)...
Image
Terima kasih kepada Sdr Salbiah Ani, editor Berita Harian kerana menyiarkan cerpen Valija, Saya Mahu Dekat Dengan-Nya (mac 20, 2010). ia antara catatan dan tanggapan sewaktu di Kota Ketam. di sana saya bertemu Valija, Hanafi, Razak Hassan Abdul Muiz...
Image
Ada jaring labah-labah Arah kanan atas kamar membawa debu. Atau kenangan Yang tak kenal maaf Ada jaring labah-labah Atas kelambu langit Denpasar Sepanjang siang yang garang. Atau catatan Yang tak bisa dirobah Ranjang telah menyediakan Segala keremangan: Lubang penuh debu atas almari Siling berlumut dan terasing Sudut kelam yang menimbulkan teka-teki Potret yang mendatangkan debar Dan memoir melibaskan ekornya Di tengah kamar Tidur telah menyediakan Segala keharuan: Padang akal yang miring ke pantai Dan jerit peluit Memberitahu kapal tak sampai. Paruh camar yang hitam Kepak yang nestapa Mencakar buku-buku catatan Dan ranjang telah membakar Rutin harian Meja-meja tak berkaki Jendela tak pernah berkunci Hingga kamar ini hanyalah Ruang Barangkali. Sebelum debu-debu kembali Menimbusi diri Sebelum labah-labah mengangkat mataari Memancung suatu ajali Siapakah yang bakal memparasit? Kamar ini? Mungkin Keharuan yang selalu tak kenal ampun Atau laba...
Image
Harap saudara sudi bertemu kenal dengan penulis buku Novel Intertekstual Melayu (NIM) pada 20 mac 2010 (sabtu) 5.00- 7.00 petang di Tapak MAPIM, PWTC sempena PBAKL 2010. keesokan malamnya NIM akan dilancarkan di The Legend Grand Ballroom, Hotel Legend, dalam acara Anugerah MAPIM 2009 (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia).
Image
Pak Suratman Markasan, selamat datang ke kampus hijau Bangi kami!
Image
Alahai Shila yang baik... terima kasih! tiba di pejabat pagi ini, sudut masuk ke bilik kerja saya sudah dihias dua pasu baru. daun keladi yang entah diambilnya dari mana, dipajang cantik. kebetulan saja, saya pahatkan di dinding surah ar Rahman: 1-7, yang bercerita tentang tumbuhan... Tuhan yang Pemurah, yang mengajarkan al Quran. Dia mencipta manusia, mengajarnya pandai berbicara, matahari dan bulan menurut perhitungan dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon tunduk kepada-Nya. Dan Dia meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan. Saya seperti sudah pernah menulis ayat ini di sini...
Image
Ketika di Smithsonian, saya terkasima dapat menyentuh patung batu ini. saya seronok menelaah tentang moai ketika mengetahui tentang siri keajaiban dunia. begitu juga ketika mengkaji Naratif Ogonshoto (kajian etimologi bahasa Polynesia: Rai Rapa, Tangata Manu), luar biasa sekali! kali ini saya rakamkan ruang Smithsonian yang mengepung imaginasi untuk terus duduk lama di ruangnya. ya, nantikan cerpen terbaru saya!
Image
Saya membelek Dewan Sastera Mac 2010, membaca laporan HSPM. hey, masitah kecil saya diletakkan dalam senarai akhir kategori genre kumpulan cerpen. alahai masitahku !
Image
Lagi narasi tentang cokelat! ini rakaman foto cokelat Kak Ina, jiran saya yang baik hati. sdr boleh hubungi Kak In a di 0193427400 untuk bertanya lanjut....yummy! (foto boleh dibesarkan, klik!)
Image
Hujung minggu yang panjang, saya berehat lama di dalam kemah kecil Alif Matiin di bawah payungan buluh yang kian tinggi dan meneduhkan, di belakang rumah. enak juga rupanya membaca sambil berbaring, mengintai langit biru berselang daun runcing buluh yang kadangkala dicelah sinar matahari musim panas ini.