Saya akan selalu ingat pesan lama, biasakan dengan 3 perkataan ini: terima kasih, maaf dan tolong/mohon. pagi ini saya naik angin, buku-buku saya yang dipinjam sekian lama, apabila diminta semula, kata wakil si peminjam, buku-buku itu masih di kedai xerox. wah, bila pula saya izinkan untuk dibuat salinan? pantang saya menyalin buku yang boleh dibeli. kedua, pantang saya orang tidak gunakan tiga perkataan dari pesan lama itu - terima kasih kerana meminjamkan buku. maaf saya lewat memulangkannya. maaf saya tidak maklumkan bahawa saya mahu membuat salinan. saya mohon, buku-buku itu dibuat salinan. tolong ya...
amboi banyaknya pantang larang! heh!!!

Comments

Citra Delima said…
Asalam Mualaikum Dr,
Maaf ya! perkara seumpama ini masih boleh dimaafkan lagi. Besar pahalanya..
Mawar said…
Pak Citra Delima,
ya, saya pasti maafkan. untung apa menyimpan kemarahan? cuma mahu berbahagi rasa...

ps: pahala, itu urusan Allah. tapi lebih besar pahalanya saya fikir, jika si peminjam MEMBELI buku untuk bantu si pengarang yang sudah bertungkus lumus menulisnya. tambahan, kadangkala harga buku yang disalin jauh lebih mahal daripada harga membeli!
saadah said…
ni saja nak bakar lagi, bukan nak simbah air...Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit UKM terlebih dahulu...ada tertera di muka surat depan Novel Intertekstual Melayu buku tulisan Dr. Mawar Shafei (2010)...
Mawar said…
Puan Editor @ Kak Saadah,
nah, ini pakar dalam bidang penerbitan yang lebih tahu dan menghargai kerja penulis! terima kasih ya!
Rositah Ibrahim said…
Mawar, saya sokong!
Xerox buku yang boleh dibeli itu tandanya hanya membaca untuk lulus peperiksaan dan tidak punya sebarang rasa pertautan dengan hasil karya penulisan.
Mawar said…
Itah,
bagaimana jika yang menyalin itu bukan pelajar, sebaliknya "sarjana"...:-(
Buku fotostat baca tak berkat. Heheheh.

'Novel Intertekstual Melayu' - sudah boleh dibelikah buku ini dari Penerbit UKM?
Mawar said…
Nis,
sudah ada di kedai buku Penerbit UKM. alhamdulillah.
Assalammualaikum, Dr.

Terima kasih atas entri ini. Sungguhpun saya tidak pernah lupa dengan tiga kata itu namun entri ini memberi peringatan semula kepada saya betapa penting untuk mengamalkan ketiga-tiga kata itu.
Mawar said…
Wardah @ anak yang baik,
biasakan yang baik...
JBSKMKJ said…
melayu mudah lupa..

ps: maaf sekadar menyalin kata-kata mantan negarawan.
Mawar said…
Nai,
saya fikir soal lupa bukan hanya merujuk bangsa/kaum. banyak yang semakin lupa. antaranya orang tua seperti saya...:-(