Saya meninggalkan kampus lewat senja ini dengan kepala yang sangat berat dan keletihan yang saya jinjing beberapa hari. mengenang esok 12 rabiul awal, saya mahu segera tiba di rumah. membersih diri dan mencari buku tentang Dia. membaca kembali kisah Dia yang mulia dan saya akan kembali merindui... salawat dan salam ke atas Rasulullah!

Comments

Mohd Tarmizi Hasrah said…
Salam Dr.

Saya juga kembali membelek-belek buku Muhammad Insan Kamil karya Sayyed Hossein Nasr.

Terkadang timbul juga pertanyaan, "layakkah aku mencintainya?"
JHaZKiTaRo said…
salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)
Salam dan Salawat buat Kekasih Junjungan. Selamat juga menyambut hari ibumu melahirkan anakanda terkasih. Amin buat ibu dan puteri kesayangannya.
Mawar said…
Sdr Ghafar @ pelukis tersohor,

kalau sudah si ahli mengatakannya cantik, memanglah benar begitu :-)
Mawar said…
Mizi,
boleh kita berbahagi apa yang dikarang itu...
Mawar said…
Jhaz
terima kasih. saya sudah singgah.
Mawar said…
Bonda Siti
terima kasih ingat! salam kasih buat bonda.
amir hamzah said…
Benarkah kita merindui Dia, atau sekadar orang lain merindui Dia kita pun turut merindui Dia. Oh panas cintaNya umpama matahari yang membakar cinta kita. Amir kadang-kadang tak berdaya nak membalas cintaNya.
Mawar said…
Amir,
saya tidak tahu perasaan orang lain terhadap Rasulullah. namun saya yakin semua mencintai baginda, cuma caranya yang berbeza. peribadi, saya rindukan Rasulullah, kepimpinannya dan kasih sayangnya yang melaut. saya rindukan pemimpin seperti itu, tempat kita mengadu dan menumpang duka...