Pada sebuah pagi cuti panjang yang baru lalu, saya menikmati nyaman desa di bawah pokok dengan abah. banyak yang menjadi cerita setiap kali berbahagi masa dengan abah. kali ini kisah cantik abah tentang dua batang nyiur yang berdiri tinggi di balik rumah lama atuk dan rumah baru yang sedang kami bina di tanah pusaka. "Abah tanam sehari selepas menikahi mak." aduh, manisnya cerita lama yang ditutur abah sendiri.
cerita dari jiwa!

Comments

Assalammualaikum, Dr.

Cantik sungguh foto bunga itu meskipun saya tidak pasti apa namanya. Tambah indah dengan kisah jiwa abah Dr. Cinta mereka.
Mawar said…
W'salam Wardah @ tetamu setia saya,

panggil sahaja ia bunga cinta! merahnya menyalakan rasa, menggetarkan jiwa, menumbuhkan rasa cinta yang menakjubkan. bunga cinta selalu bersama sampai waktu kita mahu meninggalkan dunia. kerana wangi dan cantiknya Dikirim Dia, Dia yang mencipta segala yang ada.
Dr. Mawar, indah juga himpunan aksara Dr ini. Terima kasih. Bunga cinta kekal abadi andai disalur ke jalan Ilahi.
rayyan zilfi said…
Dr, Salam!
Bercinta kerana Allah..barulah selamat.tak gitu Dr Mawar?
Mawar said…
Rayyan
dan bagaimana pula kalau cinta itu kepada-NYA? masya Allah.