Angin selatan membawa berita, bersama kapal dari jauh, cerita nan lalu kembali bersuara, sedangkan diri barulah sembuh.
kapal berlabuh dengan hasrat, menuntut banyak timbang dan ingat...

Comments

Lumut Pagi said…
Salam..

Saya mahu percaya bahawa setiap sesuatu yang terjadi pada kita sebenarnya adalah 'tulisanNya' yang sarat makna. Saya juga mahu percaya bahawa setiap yang sarat makna itu sebenarnya adalah hikmah. Tapi saya masih juga terluka sekalipun saya mahu percayakan bahawa itu adalah cintaNya. Mungkin redha saya belum seutuhnya...

-Lumut Pagi-
Kapal, semoga datangnya membawa muatan pengalaman yang membantu jauh perjalanan dalam pelayaran yang belum berkesudahan.
Mawar said…
Lumut Pagi,
makanya kita harus terus berfikir dan berfikir... menaakul.
Mawar said…
Wardah,
begitulah. pada masa yang sama pertimbangan harus dibuat secara saksama...
Wak Parjo said…
kapal berlabuh membawa harapan, untuk teruskan pelayaran gemilang, kenapa dikeluh hasrat tersirat, mungkin ianya membawa berkat, walau dah ditinggalkan kisah silam, namun bahagianya tetap dalam kenangan...
Mawar said…
Wak Parjo
ya, ini kisah lama yang akhirnya akan mencipta cerita dan sejarah baru. makanya saya harus sangat tertib dan hati-hati...

Wak Parjo dari mana? Johor?
Wak Parjo said…
tertib dan hati-hati memang dituntut.. itulah yang diajar dalam bersolat, semoga mendapat petunjuk dariNya. Perjalanan masih jauh, dalam menitip liku-liku kehidupan, jangan dilupa kawan yang sentiasa dalam ingatan. Walau sukar mencari kesetiaan seorang sahabat.. namun siapa tahu.. ada satu dalam seribu.. ya.. wak orang Johor ;-)
Mawar said…
Wak Parjo

terima kasih atas nasihat dan pandangan. ya, harapnya kawan yang satu itu sudi muncul saat kita memerlukan...
Wak Parjo said…
InsyaAllah... sahabat pasti akan hadir dalam setiap saat suka dan duka... kadangkala kita tak sangka.. sahabat yang telah lama terputus hubungan bakal menjelma mewarnai pelangi hidup kita..
Mawar said…
Wak Parjo
saya mengalami beberapa pengalaman pahit menjejaki sahabat lama... mungkin sedikit serik.
Wak Parjo said…
ada benarnya... ramai juga yang sekadar ingin mengambil kesempatan atas nama sahabat. Dunia dan kitarannya kadangkala sukar untuk dimengerti.
rayyanzilfi said…
Saya baru sahaja kehilangan sahabat..yang saya kasihi seperti saudara kandung sendiri..tiba2 dia seakan ingin menjauh...mungkin saya ada buat silap,saya sedih..tiba2 ternampak wajah Dr Mawar yg seakan wajahnya di blog Nis-Nisah Haron."Aduh!usah berubah, usah diturutkan hati marah..saya TAK MARAH, cuma TERKILAN.Moga ukhwah filLah.