SAKM X diadakan di Dewan Kuliah 3B 301 berhampiran lobi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Yuran RM100 dan pelajar RM50. Perucap utama ialah Prof Dato' Dr Siti Hawa Hj Salleh. Antara pembentang dengan bidang masing2: Prof Sahlan Mohd Saman (agama), Prof Noriah Mohamed (kreativiti), Prof Dato Nik Shuhaimi Nik Abd Rahman (arkeologi), Prof Ungku Maimunah Mohd Tahir (sains sosial), Sdr Nizal Mohammad (penyiaran), Sdr Shamsudin Othman (kreativiti), Hj Naffi Mat (pendidikan), Sdr Siti Rafiah Sulaiman (terjemahan), Sdr Isa Kamari (senibina), Sdr Nisah Hj Haron (undang2), Prof Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (fizik), Dr Rahmat Haroun (perubatan), Sdr Sharkawi Che Din (IT), Sdr Hara Shintaro (pendidikan), Sdr Rahimidin Zahari (wayang kulit) dan Sdr Ahmad Fedtri Yahya (muzik). Jumpa ya!
Comments
bayarannya pada siapa?
di pusat pengajiankah?
terima kasih atas perhatian. bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran pada 18hb. Tunai @ cek (Bendahari UKM), kami terima. jumpa nanti ya!
Seminar yang mungkin dapat merungkai persoalan yang sering bermain di minda pelajar-pelajar sastera tentang masa depan kami kelak. Ternyata, mandala sastera mencakupi skop yang sangat luas.
Berhasrat untuk menyertai, namun keadaan kesihatan masih tidak mengizinkan untuk berada di varsiti saat ini
SAKM X hanya melaungkan nada "menegaskan" tentang kewujudan kesusasteraan dalam tiap inci hidup kita; ia sememang ada setiap masa. jadi tiada timbul isu dalam kalangan mahasiswa SAYA tentang itu.
Dr. saya sudah bersedia untuk berkhidmat pada hari tersebut...:)
seminar sebegini sememangnya dinanti-nantikan oleh pelajar sastera seperti saya. Pelaburan hanya untuk Rm 50 adalah sesuatu yang murah untuk ilmu yang mungkin tidak akan kami perolehi dari dalam dewan kuliah. Namun, timbul perasaan terkilan kerana tarikh yang dipilih saya kira agak lewat kerana para pelajar sudah mula bercuti. Semoga seminar seperti ini akan diadakan pada pama akan datang. Terima kasih Dr...
terima kasih atas sumbangan budi untuk SaKM X.
bandingkan bayaran RM50 @ seminar 2hari dengan balik kampung... fikirkan manfaat yang kita dapat sepanjang usia?!