SAKM X sudah berakhir...

Belayar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak tenang.


ps: pantun yang molek di layar makan malam SAKM X, DBP.

Comments

Lumut Pagi said…
Salam Dr.

Seronok menjadi sebahagian 'keluaga' SAKM X.

Sejak Majlis Makan Malam di DBP sampai hari ini, saya masih tetanya-tanya,

Belayar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang

Maksudkan apa ya?

Peluk cium dari saya:

Nor Azizah Othman
Lumut Pagi
Mawar said…
Zah yang baik
pantun membawa maksud yang banyak, berbelok-belok juga. tafsirkan sendiri... terima kasih kerana banyak berbudi untuk SAKM X.
Rositah Ibrahim said…
Sauh dibongkar di tempat tenang
Hendak berlabuh di Pulau Tunggal
Yang pergi hati tak senang
Asyik terkenang orang ditinggal.
Cahaya Kekasih said…
apa dalam bekas tu? nampak macam bunga...macam kuih pun ada..hehe
Lumut Pagi said…
Dr.

maaf andai ada yg kurang daripada saya sepanjang SAKM X.

terima kasih kerana mempercayai saya untuk memikul sebahagian tugas.

Lumut Pagi
Mawar said…
Itah,
terima kasih. Zah, ini sebahagian makna pantun itu...
Mawar said…
Cahaya,
bagus sekali tafsiran sdr itu...melihat perkara yang sama dengan mata yang berbeza dan seni!
Cahaya Kekasih said…
heheh...art is my life :)

puan mawar kenal cikgu sadariah tak? dulu dia pernah ajar di convent kluang, johor..orang sempang renggam kalau tak silap....sekarang tak tahu di mana...dia selalu sebut pasal puan kat saya dulu...masa saya mula2 menulis puisi...
Moga kebaikan menjadi kenang-kenangan.

Salam kenal dari saya yang Dr tegur tempohari. Saya 'speechless' ketika itu

:-)
Mawar said…
Sdr Norziati
saya juga sesekali jadi "kaku" bila "ditegur"... :-)

semoga berjumpa lagi!