Mimpi tidak jarang menjadi penawar bila sebenarnya kita merindui seseorang tanpa kita tahu. Rindu itu mengalir membeluk masuk ke daerah bawah sedar. kita bertemu dengan dia yang sudah lama bermukim dalam kenangan... seperti pohon buluh di hadapan dapur ini, yang bagai mimpi, sudah begitu tinggi melepasi tanpa saya sedari.
Comments
Di dadanya ada rindu
Di dasarnya ada cinta
Keseluruhannya,
berbagi rasa dan nyawa,
kepada dia yang kita cinta
tanpa sedar.
saya baharu sahaja mengkhatamkan 'Masitah' dua minggu lalu. Aduh,sungguh menusuk kerana saya juga suka cerita-cerita indah yang berbahasa cantik dari kacamata 'saya'...
perlu banyak belajar lagi dari karya-karya puan yang halus.selepas imtihan,wajib cari 'Montaj' pula!
ya, tanggapan yang menarik!
...akhirnya kita kembali kepada Dia dan mula mengerti makna apa yang dicipta! terima kasih.
saya sungguh berbesar hati dan berasa bahagia sekali sdr sudi membaca karya saya. terima kasih.
Serahi berisi ayer mawar.
Sampai hasrat di-dalam tuboh,
Racun bisa jadi penawar.
Menyentuh tentang mimpi...apa maknanya jika kita bermimpi bertemu kembali dengan seseorang yang lama telah kita tidak ketemu ya?
Kata orang, itu tandanya orang itu mengingati kita. Entahlah...namun saya mahu bermimpi yang indah-indah belaka, kerana hidup ini hakikatnya perlu diindahkan. Dan alangkah indahnya jika mimpi yang indah itu menjadi kenyataan... :)
ambil tali panjang tujuh
minyak bercampur air mawar
tuan laksana tali yang teguh
boleh diambil jadi penawar.
ya, begitulah yang sering ditafsir. atau mungkin seperti yang saya kata, itulah fikiran bawah sedar kita menyatakan ingatan atau rindu kita, sebenarnya, kepada dia.
alhamdulillah....