kisah ikan. dengan rasa bersalah dan kesal, sedih pastinya, saya berdoa agar fansuri tidak mati setelah melompat keluar dari kolamnya. doa saya ternyata dimakbul Dia. saya pindahkan fansuri dan si kecil nadim ke kolam yang lebih selesa. aneh, pulang dari kerja, saya tidak melihat nadim. sebaliknya hanya fansuri dengan lenggok perlahannya seperti sedang menanti. atau nadim memberi nyawa kepada fansuri, langsung pergi meninggalkan kami...

Comments
sedihnya kisah tentang Nadim dan Fansuri. teringat pula pada mimpi saya dahulu, ikan-ikan peliharaan ayah semuanya mati dan saya tidak mampu berbuat apa-apa. jaga dari lena, airmata saya tiba-tiba mengalir. lucu pula memikirkan situasi tersebut... =)
tidak perlu rasa lucu, kerana itu kesedihan kita yang sangat luhur. bukankah mimpi adalah ruang bawah sedar @ ruang yang tidak pandai berdusta atau pura-pura?
Ikan-ikan dalam gambar tu memang ikan dr? Comel.
Saya tidak boleh membela ikan. Tidak serasi. Pernah saya diberi tanggungjawab menjaga ikan emas Ustaz Hasan Mahmud al-Hafiz, sudahnya tidak sampai seminggu mati kerana saya beri terlalu banyak makanan. Huhu.
ya, nampaknya saya juga tidak serasi... setelah nadim hilang, fansuri pula membawa diri :-(
apa khabar? lama sungguh tidak bersua...november lalu saya ke fakulti pendidikan kerana seminar tapi maaf yang sangat2 kerana tidak bersempatan untuk buzz Dr...insyaallah di kesempatan lain kita bersua ya..
sha
ya sudah lama tidak bersua dan bertukar cerita!
hehe, mawar merah masih cantik berkembang di taman kami. datanglah!
terus sahaja mengalir..sekuntum mawar merah sebuah puisi..lalu saya berbisik pada diri sendiri...kan elok renungi ini:"Maka apabila langit telah terbelah & menjadi mawar merah...hingga akhir ayat".kenapa ya dr mawar, susah benar pokok bunga mawar saya hendak hidup....ada petua?
setiap pagi waktu mahu keluar rumah, saya akan singgah di taman. memberi salam dan bertanya khabar mawar yang sedang kembang. memujinya juga kerana merahnya yang cantik dan wanginya yang membuat hati berbunga...