Posts

Showing posts from November, 2009
Image
Saya mengenali seorang nenek yang sangat sayangkan kucing-kucing jalanan; memberi makan hampir setiap pagi di penjuru lorong rumah kami. saya juga mengenali beberapa lain menyua kasih yang sama. Salam Idul Adha buat semua, salam kasih juga ...
Image
Cerpen saya di Mingguan Malaysia , November 22 2009. terima kasih kepada editornya, Sdr Ku Seman Ku Hussain. saya juga senang dengan lukisan yang cantik ini. sudikan membacanya ya!
Image
SAKM X sudah berakhir... Belayar berbelok-belok Sauh dibongkar di tempat tenang Yang tinggal hati tak elok Yang pergi hati tak tenang. ps: pantun yang molek di layar makan malam SAKM X, DBP.
Image
Tokoh Kesusasteraan Melayu yang saya sanjungi, Bonda Prof Datuk Dr Siti Hawa Hj Salleh, bakal menyampai ucap utamanya di SAKM X 18 November 2009. Buku mahalnya ini akan dilancar sama...
Image
Di Dewan Kuliah 3B301, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM. 8.00 - Pendaftaran 9.00 - Pembukaan & Pelancaran Kelopak Pemikiran Sastera Melayu 10.00 - Ucap utama 11.00 - Sidang bermula Jumpa nanti ya!
Image
Mimpi tidak jarang menjadi penawar bila sebenarnya kita merindui seseorang tanpa kita tahu. Rindu itu mengalir membeluk masuk ke daerah bawah sedar. kita bertemu dengan dia yang sudah lama bermukim dalam kenangan... seperti pohon buluh di hadapan dapur ini, yang bagai mimpi, sudah begitu tinggi melepasi tanpa saya sedari.
Image
  SAKM X diadakan di Dewan Kuliah 3B 301 berhampiran lobi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Yuran RM100 dan pelajar RM50. Perucap utama ialah Prof Dato' Dr Siti Hawa Hj Salleh. Antara pembentang dengan bidang masing2: Prof Sahlan Mohd Saman (agama), Prof Noriah Mohamed (kreativiti), Prof Dato Nik Shuhaimi Nik Abd Rahman (arkeologi), Prof Ungku Maimunah Mohd Tahir (sains sosial), Sdr Nizal Mohammad (penyiaran), Sdr Shamsudin Othman (kreativiti), Hj Naffi Mat (pendidikan), Sdr Siti Rafiah Sulaiman (terjemahan), Sdr Isa Kamari (senibina), Sdr Nisah Hj Haron (undang2), Prof Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (fizik), Dr Rahmat Haroun (perubatan), Sdr Sharkawi Che Din (IT), Sdr Hara Shintaro (pendidikan), Sdr Rahimidin Zahari (wayang kulit) dan Sdr Ahmad Fedtri Yahya (muzik). Jumpa ya!
Image
Jemputlah ke tempat kami!
Image
Sejak minggu lalu rumah kami (atau dalam kereta) meriah dengan lagu lama ini. Ada yang tak henti-henti mahu terus menyanyi... Burung kakak tua hinggap di jendela Nenek sudah tua, giginya tinggal dua. Letchum letchum letchum (ah chuuummm!) O la la laaaaaa! Burung kakak tua.....!