Kisah Olin mengangkat Momo dari sebuah rumah perlindungan. Momo, asalnya anak jalanan yang ditinggal ibu. Lalu dia diberi rumah dan disayangi. membaca iklan di internet tentang Momo, seisi rumah setuju dengan usul Olin lalu memberi ikrar untuk mengasihi Momo selagi hayat ada. Momo, si pemalu tapi manja, tidak mahu difotokan. tapi ini sempat dirakam, penjuru yang selalu didatanginya dengan dering loceng...

Comments

Anonymous said…
tidak ada orang lain yang harus bercakap tentang Momo selain saya!

ia sudah hilang! ia sudah hilang!

Momo! di mana kau?
Mawar said…
Nb!
Ha, Momo dah hilang! OMG!
Anonymous said…
salah saya! salah saya!

saya biarkan Momo keluar dari rak. sedang sebelumnya dia biasa duduk diam bersama-sama rakan baiknya, si Putera Kecil yang pintar dan comel.

satu hari pada beberapa hari yang telah pergi, saya fikir mahu duduk berbagi cerita bersama Momo dan merenung dunia. matanya yang hitam pekat selalu bercahaya bila kami duduk diam, sandar menyandar, telepati silang berlaku sendiri, sekaligus melenyapkan rasa sepi, masing-masing, di daerah sunyi.

ketika saya menoleh ke arah dagang menggoda dengan entah apa, beberapa saat menjelang, Momo ghaib tiba-tiba.

Momo! di mana dia?

saya yang bersalah! saya yang bersalah!

Momo seharusnya saya biar duduk diam-diam, bersama Putera Kecil dan Atuk Santoka dan Makcik Helene (yang perengus, khabarnya).

saya yang membawa dia keluar! saya yang hanyut beberapa saat waktu bersiar-siar. saya yang bersalah! saya yang bersalah!

Momo di mana?

(ah! cuai sungguh kau menjaga anak Malau, kata Datuk Penghulu)

mungkin rajuk Abang Damak rupa-rupanya menyangkut umpan pada Momo juga.

Abang Damak, Momo di mana?
Mawar said…
Nb,
aduhai, jangan cemas. Momo pasti pulang. tapi Momo yang kami punya, masih ada di depan mata.dia enak2 saja di sofa atau kegemarannya bermalasan di atas tv.
oh, saya doakan Momomu segera temu jalan pulang. sabar dan doa ya!
Tinta Mustika said…
Assalamuaikum Dr,

Sekadar ingin bertanya, adakah 'teman lama' sahaja yang akan 'dilayan' dalam ruangan komen Dr ini?
safwan said…
o.. nb, nasib ku serupa denganmu. momo ku hilang juga. satu malam aku ke kafeteria meninggalkan momo kesepian di dalam bilik di atas tilam. ku sangka momo tidur. tapi bila aku balik dari kafeteria, momo hilang. momo! momo! aku cemas. aku cari. oh, momo! aku mahu kau segera pulang. aku ingin membelaimu lagi di malam ini. momo! momo! segera pulang ya sayang...
Mawar said…
Sdr Tinta
oh, saya menyambut semua sahabat yang sudi singgah di rumah saya ini. sdr juga!
Mawar said…
Safwan,
hah, hilang Momo juga?..:-(
ardisia said…
Momo saya baru melahirkan 4 anak.Teringat kawan lama di Sg Petani yang memanggil Momonya
Mek-Auw!
Mawar said…
Ardisia

wah meriahnya!
RayyanZilfi said…
hari raya tahun ini saya agak kurang ceria kerana Momo saya (Kitty) tidak balik rumah 5 hari sebelum raya.maksudnya sekarang dah hampir 2 minggu!harap dia selamat atau mati dengan cara tidak tersiksa.saya menyalahkan diri saya kerana betul2 tak sempat memandulkan dia.perutnya amat sarat sewaktu kali terakhir saya berjumpa dengannya, iaitu minggu pertama puasa.Suratan atau kebetulan?Pagi ini saya terpaksa mmberhentikan kereta di stesen minyak setelah memandu hampir 10KM, saya terdengar suara anak kucing di dalam kereta.saya amat pasti yang saya tidak mempunyai nada dering telefon bimbit yang sebegitu!rupanya seekor anak kucing yg berumur lingkungan sebulan lebih menyelinap masuk ke dalam bonet kereta!Injin kereta kan selalu panas.mungkin dia kesejukkan.berdoa semoga ia tidak cedera atau kaki terkepit atau..eee..elok sahaja dia di situ!terpaksa tumpangkannya kepada kedai haiwan peliharaan yang terdekat.Alhamdulillah, Che Man sedia membantu.saya berdoa janganlah Kitty dan anak2 barunya jadi hidangan raya pula!Alhamdulillah di kawasan rumah kami tiada orang Viet dan Ne..dan yang sejiwa dengan mereka.
Mawar said…
Rayyan,

aduhai sedihnya mengenang si Kitty dan anak-anaknya. insya Allah mereka selamat dan dilindungi ya. saya juga pernah, ada anak kucing di bawah kereta saat enjin dihidupkan. cemas kan?

oh, jadi hidangan raya? ya Kareem!
heh, tak cium syurga namanya! :-(

RayyanZilfi said…
huhuhu!!bukan bawah injin!dalam tempat injin.bila buka sahaja penutup, cak!nampak wajah berbulu hitam!anak kucing!