Rindu pada masakan bonda antara yang sangat dirasakan dalam ramadhan begini. bubur nasi berempah bonda sering juga dihiasi sambal terasi - belacan, lada merah dicampur tomato dadu, perahan serta hirisan kulit limau dengan sedikit gula. saya semakin mahir mewarisinya...

Comments

Pei Pan said…
Air tangan ibu juga yang paling dekat di hati kita... Sesedap mana masakan kedai, sedap lagi masakan ibu. Wahh! tiba-tiba merindui masakan Ummi tersayang di rumah =)

Selain menulis, Dr juga seorang tukang masak yang hebat - bisa mewarisi bakat bondanya.
Mawar said…
Pei Pan

terima kasih. indah benar kasih sayang ibu. ia hadir dalam pelbagai rupa!
Rositah Ibrahim said…
Samnal terasi? Tak pernah dengar. Barangkali boleh ajarkan?

Arwah emak saya handal memasak kuzi ayam. Sayang saya dulu tak pernah minat memasak..
Mawar said…
Itah
:-) sambal terasi @ sambal belacan!
Rositah Ibrahim said…
Kah kah Sambal belacan rupanya! Saya makan bubur lambuk tanpa sambal terasi.

Aduh... kalau nak kenalkan Malaysia kepada orang luar melalui makanan, rasanya setahun pun tak selesai. Setiap negeri ada masakan tersendiri yang unik.
Mawar said…
Itah
sambal saya ni tak nampak macam sambal belacankah? hiii, lada merahnya, mak saya kata boleh dibuat gebar!
mariahsj said…
Salam adinda,
Nanti kami serombongan datang untuk merasa hasil tanganmu...he he boleh ke?
Mawar said…
Kanda Mariah
serombongan! alamakkk!
Mr. ASM said…
Slm dr. mawar,

Bubur nasi antara kegemaran sy..
Hehe..

Saya telah menghantar surat sebab ketikhadiran saya ke kelas pada Khamis lepas.

surat saya letakkan dlm peti surat dr. mawar.

Terima kasih.
Ilham Ainol said…
Salam pagi Ramadan Dr. Mawar,

Bibik Ika saya pernah membuatnya.sekarang bibik Romlah tidak pandai pula..hehehhe..memang enak sekali-sekal,kan?
bonda saya gemar tumbuk cili padi,
ah orang Minangkabau,kadang-kadang bonda saya 'ratah' sahaja begitu,adui bila dibayangkan..kecur dan berlinang airmata..nasib baik kami tidak mengikut jejak 'gemar' bonda,hehehe...Salam Aidilfitri Dr.Mawar,ikhlas dari UPENA UiTM Johor...
Mawar said…
Siraj

terima kasih. saya sudah terima surat. sila hadir kuliah ganti ahad ini (10-1 tgh) di bilik kuliah yang sama.
Mawar said…
Sdr Ilham Ainol

salam idulfitri juga buat sdr sekeluarga. maaf zahir batin.
Mr. ASM said…
Dr. Mawar..

Maaf. Sy baru baca balasan komen dr. pg ini(isnin).
Sy risau, sudah 2 kali berturut2 tdk hadir ke kelas.
Adakah kelas smalam kelas ganti utk Khamis ini?
Mawar said…
Siraj
tidak. ia ganti kuliah dekad 90-an dan mutakhir. khamis ini masih ada kuliah!
Mr. ASM said…
Ow.. begitu.. baiklah..

ermm. dr. ada bagi kerja rumah utk kedua2 kelas tu?
Mawar said…
Siraj
sila bertanya pada kawan2...seperti biasa, mesti ada KERJA RUMAH!