Kisah Dr N mengapa akhirnya dia memilih menjadi psikologis dan bukan ahli matematika. kisah lama seorang lelaki yang mengalami rayanan. saya mahu rehat, saya mahu pulang dan tidur. Dr N, pasti sahaja meminta lelaki itu berbuat demikian bila melihat dia begitu lelah dan tidak bermaya. beberapa jam lelaki itu pulang, dan Dr N mendapat panggilan lelaki itu mati di tangan sendiri. oh, saya mahu sahaja memindah cerita ke atas kertas. foto dirakam saat kami makan malam di muzium seni Baltimore (BMA).
Posts
Showing posts from September, 2009
- Get link
- X
- Other Apps
Pertama kali saya ke stadium bola (sepak amerika), dan rasakan kemeriahannya. mungkin sahaja dengan angin dingin musim rontok (tanpa asap rokok, oh, di tanahairku, bolehkah menonton dan merokok?). saya juga harus ambil kisah, warna baju atau skarf apa yang harus disarung. jadi tidak tentu arah bila di hujung permainan baru menyedari saya datang menyokong Ravens (dan Flacco ungu) dengan skarf warna pasukan lawan, Browns ! 0...0...
- Get link
- X
- Other Apps
Once upon a midnight dreary, while I pondered, weak and weary, over many a quaint and curious volume of forgotten lore, while I nodded, nearly napping, suddenly there came a tapping, as of some one gently rapping, rapping at my chamber door."'Tis some visitor," I muttered, "tapping at my chamber door — Only this, and nothing more." Saya bertemu Poe dan The Raven (1845) di sudut Inner Harbor.
- Get link
- X
- Other Apps
Dalam kuliah puisi di awal pagi, saya mohon mahasiswa jadi lelaki budiman seperti yang saya kenal pada almarhum Pak Usman Awang. saya titip puisi masyhurnya, Kekasih, sebagai petua jadi budiman , alunan Ibrahim Bachik. ah, saya tak akan jemu mendengarnya! Akan kupintal buih-buih Menjadi tali mengikatmu Akan kuanyam gelombang-gelombang Menjadi hamparan ranjang tidurmu Akan kutenun awan gemawan Menjadi selendang menudungi rambutmu Akan kujahit bayu gunung Menjadi baju pakaian malammu Akan kupetik bintang timur Menjadi kerongsang menyinari dadamu Akan kujolok bulan gerhana Menjadi lampu menyuluhi rindu oh … Akan kurebahkan matari Menjadi laut malammu Menghirup sakar madumu Kekasih hitunglah mimpi Yang membunuh realiti Dengan syurga ilusi …
- Get link
- X
- Other Apps
Karuna ke bilik kerja saya katanya, "saya mahu cipta Hang Tuah sebagai saudagar rempah." ah, menarik sekali. kajilah rempah ratus yang ada. saya terus teringat filem menarik The Mistress of Spices, si mata merak Aishwarya Rai. sila baca respons entri ogos 27, mungkin sdr (mahasiswa SKMM2083) dan sdr juga (yang berminat menyertai kembara Hang Tuah kami) dikurniakan ilham! antaranya Siraj mahu tulis kisah HT dan senibina Melayu.