Saya sering mahu menikmati teh panas pada sebuah petang yang aman dalam ruang kerja ini, seraya membuang pandang lewat jendela, seperti saya mahu membuang sama mengah kerja yang tidak pernah sudah. di luar kamar, saat itu pasti ada burung kecil dengan riang melompat antara ranting-ranting kemboja yang tidak jarang menjadi sahabat saya ketika menulis dan membaca di meja ini...
Saya sering mahu menikmati teh panas pada sebuah petang yang aman dalam ruang kerja ini, seraya membuang pandang lewat jendela, seperti saya mahu membuang sama mengah kerja yang tidak pernah sudah. di luar kamar, saat itu pasti ada burung kecil dengan riang melompat antara ranting-ranting kemboja yang tidak jarang menjadi sahabat saya ketika menulis dan membaca di meja ini...
Comments
secawan teh panas, sekuntum mawar di sudut meja, seekor burung di luar jendela...dan cebisan kenangan tersisa, barangkali mengilhamkan buat penyair...
sy juga lebih seronok menulis di sini berbanding di 'kampung'. nyanyian burung di sini tidak mungkin sy temui di tmpt sy. malah bila sy menelefon ayah, ayah sendiri cemburu dgn nyanyian burung yang kedengaran lewat telefon.
Dr, sy lagi melakar cerpen baru. tetapi sy mau menyelitkan cerita Wak Cantuk. Dr tahu tidak di mana sy boleh dpt teks sebenar Wak Cantuk? ingin buat research sedikit... :)
ya, apa2 saja dapat mengilhamkan penyair... apa lagi latar ini.
sahabat saya yang manis,
yuk, minum petang, akan dibancuh secawan teh panas dan banyak cerita yang akan menyertai kita. bawa dark chocolate okie!
saya pernah membaca novel Harun AR ini waktu meneliti kesusasteraan Melayu Singapura. kisah Wak Cantuk @ Wak Bekam. jika tak silap ada dalam nota kaki tesis phd saya. nanti saya semak.
terima kasih. :) sy cuba cari sendiri di singapura tp tk dpt. hargai sgt pertolongan Dr. :)
Sahabat penyair bukan meliputi yang dapat dinikmati dengan mata sahaj, tetapi juga yang dapat dirasa. Sebatian aromatik dari daun herba peppermint yang meresap ke dalam air teh berupaya mengaroh sel-sel otak untuk bergerak lancar, lantas membuahkan butir-butir kata yang meluluh jiwa sang pembaca.
saya sedang meneliti beberapa bahan tentang hubungan herba-emosi manusia. harapnya Prof dapat membantu; ada buku2 yang sesuai agaknya untuk bacaan saya. terima kasih.
jika dapat dikurangkan pengambilan teh tarik yang manisssss tu. bukan apa, untuk memelihara kesihatan.
tahniah sekali lagi, puisi "keris berbeka-beka" (ds, ogos 2009)
dinda jua penggemar teh, seperti pak lang. pak lang pakar buat teh tarik. benar kata kanda, kami 'pencinta teh tarik' perlu kurangkan ketagihan. (,")
tahniah juga dengan puisimu - "pencinta nusa" (ds, ogos 2009); wah puisi 2 orang kuat YWJ Citra di DS.
Pak Lang pakar teh tarik?
wah! kejutan ni. sambil menikmati teh tarik Pak Lang, moleklah kita berbeka-beka :-)