Hari ini saya mulakan bahagian kedua kuliah Penulisan Kreatif SKMM2083. antara tugasannya ialah menulis cerpen berasaskan Hang Tuah. mahasiswa akan bergerak dari catatan jurnal dalam blog masing2; menulis hampir setiap hari tentang diri mereka dan Hang Tuah. menarik! apa bentuk keakraban yang dilakri antara sdr dengan hero bangsa itu? hey, terimalah cabaran saya. untuk permulaan saya ajukan foto ini (www.silat-melayu.blogspot.com). kita sambung lagi nanti...
Hari ini saya mulakan bahagian kedua kuliah Penulisan Kreatif SKMM2083. antara tugasannya ialah menulis cerpen berasaskan Hang Tuah. mahasiswa akan bergerak dari catatan jurnal dalam blog masing2; menulis hampir setiap hari tentang diri mereka dan Hang Tuah. menarik! apa bentuk keakraban yang dilakri antara sdr dengan hero bangsa itu? hey, terimalah cabaran saya. untuk permulaan saya ajukan foto ini (www.silat-melayu.blogspot.com). kita sambung lagi nanti...
Comments
wow.. sy sendiri teruja untuk mengetahui gubahan kisah oleh pelajar thn 2, lantas sy membayangkan kesetiaan tun teja pada hang tuah pada zaman ini. erm, harap dpt ketemu Dr esok, mahu berkongsi fikiran tentang dunia sastera. :)
ya, itu juga antara kisah yang boleh digarap. transformasi makna. saya jadikan cerpen awak "bila bayangan berbisik" + ulasan sebagai bacaan lanjut.
hmm, cemburu dengan aisya dan cerpennya. mahu lebih usaha menggarap kisah dalam karya seterusnya. :)
dr.mawar yang manis juga,
tidak sabar mahu melihat hasil kisah hang tuah yang bakal dilakar mereka. boleh saya turut sama (belakang tabir) mencoret kisah hero Melayu ini...ya. :)
Saya telah mencipta blog khas untuk penulisan jurnal Hang Tuah seperti yang ditugaskan.
Tapi masih belum punya idea tentang garapan awal plot cerpen saya.
Sedih krn x dapat bsama dgn rakan2 yg lain sem ni.
Waktu doktor meminta kami membeli Hikayat Hang Tuah, masing2 tertanya2 dgn kejutan yg bakal doktor lakukan.
Mungkin ini cara yg terbaik bg mendekatkn pelajar2 dgn karya2 sastera agung yg selama ini tidak diendahkn
silakan, kita sama2 hasilkan cerpen baru dengan hypotext Hang Tuah. ayuh, buka silatmu!
yeh, kajian hulu keris hasil kuliah Dr Siti Zainon Ismail, akhirnya disiarkan Dewan Budaya Mei 1996, "Hulu Keris: Manifestasi Warisan Melayu". terima kasih maha guruku. kemudian tanya Profesor Muhammad, hey, sudah mahu jadi orang budaya? hiiii... ini memang boleh jadi kisah "hang tuah dan saya"
TAHNIAH, saya akan lawat rumah barumu itu. tulis apa sahaja untuk permulaan, tanpa kata pertama tidak akan ada kata-kata selanjutnya...
jangan bersedih kerana sdr juga masih boleh menulis dari sana. ikut perkembangan jurnal kawan2 dan sertai kami ya! atau hang tuahmu sudah muncul antara padi masak di penjuru petak sawah banting? :-)
Hinggap sejenak si rama-rama
Begitu banyak ceritera Tuah
Namun ilham belum menjelma.
Rama-rama di atas para
Kepak bergaris merah biru
Kaji makna dalam ceritera
Harapnya menjadi kisah baru.
insya Allah panjang umur kita jumpa di kuliah...
Bagi saya Hang Tuah Bukanlah Pahlawan sejati hanya setia pada suLtan yang Mungkar, Mendokong Pemerintah yg zalim, Biar lah jadi penjuang bangsa dan agama, biar ditetak parang dan tombak, asalkan agama jadi keutamaan dan selamatankan bangsa dari kezaliman
syed saiful
ex-student
saya ingin sekali menghasilkan sebuah karya kreatif. lama termenung memegang pen dan kertas, namun hasilnya, tiada.:(
diharap melalui kursus ini akan membawa perubahan.
ya, pandangan itu juga boleh dijadikan cerita dalam cerpen. tulislah!
usah termenung.
ia tidak akan bawa ke mana-mana.
membaca (3x), lakukan penyelidikan dan mula berfikir. insya Allah akan muncul kata pertama.