Posts

Showing posts from May, 2009
Image
Bunga, ia cantik di mana-mana pun... seperti sebuah persahabatan yang tulus. terima kasih kerana senang dengan rumah saya ini, Mel...
Image
Saat matahari membakar bumi, seorang sahabat menginsafkan saya tentang sejengkal matahari di atas kepala ketika di mahsyar. syukurnya dalam terik panas, kita masih dididik Tuhan. dan saat musim panas begini, rumah kami dicat hijau. kata Zahar, kempen rumah hijau...
Image
… Oktober mula mencurahkan hujan musim, yang biasanya berlarut-larut hingga Mac. Sejuta kaki hujan menikam gelombang, mengangkat tabir kabut di muka lautan. Hujan itu membuat langit Kiribati menjadi rendah. Kabut itu pula membuat samudera tidak terduga. ( Naratif Ogonshoto , 2001: 92) Selamat datang Sasterawan Dato Dr Anwar Ridhwan ke laman saya! terima kasih.
Image
Kota Buku , begitu kata TPM untuk wajah KL hujung tahun ini. kedai buku, acara berkaitan buku, mungkin juga arca buku. Nazwan dari Malmo bercerita tentang buku hidup , living book yang berupa manusia, boleh dipinjam dari perpustakaan untuk bercerita. voila!
Image
Selamat Hari Guru untuk semua GURU. Terima kasih, Cikgu!
Image
J adikan hujan ini manfaat buat kami untuk berfikir (hadith al Bukhari) setelah panas sekian minggu, petang ini hujan mencurah semahunya...alhamdulillah.
Image
Mengenang Hari Ibu yang lalu, saya semakin mengerti betapa ibu itu harus sering berada di sisi. Dia selalu mahu melindungi, dan kita selalu mahu rasa dikasihi. Ucapan ini sekali lagi saya rakamkan buat semua ibu yang pengasih, terutama Mama dan Mak - terima kasih atas kasih sayang buat kami.
Image
Saya senang dengan foto ini...
Image
Kasihi makhluk di bumi supaya dikasihi oleh yang di langit... Lebih sepuluh tahun lalu saya menerima kartu nama yang tertinta kata-kata indah ini. ya bonda, saya masih simpan kartu ungu itu. selamat panjang umur Bonda Nemoku @ Sasterawan Zaharah Nawawi ( mei 5, 2009). terima kasih atas segala budi dan kasih sayang...