Saya sangat terkesan dengan pelestarian alam sekitar sejak menjadi mahasiswa ekologi dahulu. beberapa falsafah menjadi amalan. minggu sudah rumah kami bergelap satu jam untuk menyertai kempen sedunia; walaupun setelah dimatikan suis lampu ada bisikan, hidupkan suis kipas atau tv, boleh? saya juga tahu tentang bring your own bag day (bagus sekali kalau beg membeli belah kita cantik seperti foto ini). sehingga kini amalan saya mengasingkan bahan2 buangan untuk kitar semula. saudara?

Comments

kanda yang dihormati, comelnye beg tu ;) kanda, terima kasih-pautan Penulis Johor. ren akan cuba sentiasa kemaskini.
Mawar said…
Dinda Ren yang kanda hormati,
ya, sama2 lah kita memeliharanya...
hasni Jamali said…
salam mesra dr.mawar yang manis,

terima kasih ya, membawa saya dan aisya ke lantai dbp. banyak juga saya memborong buku tadi. tunggu masa untuk dibaca, wah tidak sabar rasanya. maklumlah musim peperiksaan hampir tiba.

hmm, tentang coretan dr.mawar kali ini, saya juga banyak mengumpul barang kitar semula, seperti batang ais krim, botol plastik, dll.
saya suka melukis di atas batang ais krim seperti dr, yang suka melakar di atas botol kaca. lalu saya jadikan batang ais krim itu sebagai key chain. rakan2 memuji, dan bertanya tempat saya membelinya. ;-)
terima kasih Tuhan, memberikan daya kreatif ini kepada saya dan juga dr.mawar, ya. alhamdulillah.

satu usaha yang bagus untuk selamatkan bumi dari dihurungi sampah, ya. :-)
Mawar said…
Hasni,
TAHNIAH!
Anonymous said…
Mawarku,
ya idea yang bagus kita bawa bakul ke pasar dan menolak penjual menggunakan plastik...
Mawar said…
Sdr Anonymous
Subhanallah, saya baca ini selepas lapan tahun!
Ya, saya juga sering menolak penjual memberikan plastik.
Terima kasih.