Saya melihat ada air di hujung mata tuanya. saya masih ingat berbual dengan mawar tentang Konserto Terakhir dalam bas depan DBP. lepas itu kita tak jumpa lagi. hanya dengar mawar di singapura... saya jadi mahu menangis. lelaki berusia 89 ini masih ingat latar 15 tahun lalu? saya seperti dapat melihat hatinya seputih anggerik cantik ini yang menyambut kami di taman banglonya 840, Jalan 17/22 , PJ. siang tadi saya bersama Prof Dr Farid Onn, PM Dr Rosnah Baharudin dan PM Dr Misran Rokimin menziarahi SN Abdullah Hussain.

Comments

Anonymous said…
Salam Dr Mawar, teringin juga saya menziarah dia. Sementelahan pula, saya sedang menelaah beberapa buku beliau sekarang ini.

sha
Mawar said…
Salam Sha
ya, rancangan yang bagus. ziarahlah.