Inilah yang sering saya jinjing selain beg kerja saat ke pejabat. ya... apa isinya, dari isnin hingga jumaat?

Comments

IlhamHamdani said…
Salam,

Semasa bekerja di Jepun, saya mengelek bento itu setiap hari ketika ke kilang.

Balik ke Malaysia, kerna banyak pilihan menu di kantin, hatta gerai di luar kilang pun banyak.

Sekarang, di Australia, kerana masalah pilihan makanan halal yang terhad, sekali lagi mengelek lunch-boxIlhamHamdani,
Canberra, Australia
Mawar said…
Ilham yang jauh,
terima kasih bercerita tentang bento!
Anonymous said…
Dr. Mawar,

Bukan saya tak mahu teka. Tetapi takut terkecur air liur sepanjang hari kerja di pejabat.
Mawar said…
Prof Senduduk Ungu,
komen yang menggelikan hati saya!
RayyanZilfi said…
Entah mengapa,tiba-tiba teringat tentang bento ini, tentang puasa Nabi Daud, tentang Umrah & Ziarah, tentang Haji.Saling berkait.Seterusnya..saya hanya berkata-kata di dalam hati.Seperti selalunya, hanya Dia yang mengerti.
Mawar said…
Rayyan
bento ini sudah patah. anak saya punya angkara. namun dalam beg yang dijinjing sekarang masih ada kotak makanan waktu rehat saya di pejabat. saya perlu bawa bekalan kerana saya jarang sekali ke kantin!

ya, bekalan makanan ini mengingatkan saya juga dengan ibadah puasa. saya belum kuat untuk mengamalkan puasa Nabi Daud yang berselang hari itu. pernah saya cuba dan insya Allah akan cuba lagi.

apa pula hubungannya dengan umrah, ziarah dan haji? mungkin mahu berpuasa saat mengerjakannya?
saya doakan.

terima kasih.
RayyanZilfi said…
umrah, ziarah dan haji.cita2 semua hambaNya yang belum kesana dan yang sudah pun ke sana.saya cuba istiqomah utk buat puasa kerana Allah.walhal Allah Maha Mengetahui yg selain untuk berjimat wang dan masa,bawa bekal, kebersihan terjamin,juga untuk pengubatan perut.hari raya ke 2 saya diserang sakit perut lagi seperti puasa tahun lepas.Alhamdulillah cuma 3 hari.kebetulan ada air zam2 dan kurma ajwa di rumah.di samping makan ubat.juga jus delima.tabungan cepat bertambah,badan sihat, jadi lebih cepat untuk dapat ke sana.doakan ya.doa seorang ibu cepat makbul!
Mawar said…
Rayyan
insya Allah! Insya Allah!insya Allah!