Foto daun kunyit yang baru muncul ini, tunasnya dihadiahkan ibu mertua saya yang baik. saya letakkan di sudut taman kecil berhampiran ruang dapur. selamat datang ke dunia kami! Tugal padi jangan bertangguh Kunyit di kebun siapa galinya Kalau tuan cerdik sungguh Langit tergantung mana talinya.
Posts
Showing posts from April, 2009
- Get link
- X
- Other Apps
Saya melihat ada air di hujung mata tuanya. saya masih ingat berbual dengan mawar tentang Konserto Terakhir dalam bas depan DBP. lepas itu kita tak jumpa lagi. hanya dengar mawar di singapura... saya jadi mahu menangis. lelaki berusia 89 ini masih ingat latar 15 tahun lalu? saya seperti dapat melihat hatinya seputih anggerik cantik ini yang menyambut kami di taman banglonya 840, Jalan 17/22 , PJ. siang tadi saya bersama Prof Dr Farid Onn, PM Dr Rosnah Baharudin dan PM Dr Misran Rokimin menziarahi SN Abdullah Hussain.
- Get link
- X
- Other Apps
TAHNIAH atas usaha gigih mahasiswa SKMM1043 dan SKMM6053 yang selamat menjayakan Hari Cerpen Melayu jumaat lalu. laman sawang yang dihasilkan pasti ada kekurangan, namun manusia banyak belajar daripada kesilapan... pulut kuning ini (dengan rendang ayam) dipotong sewaktu acara pelancaran laman sawang. enak sekali!
- Get link
- X
- Other Apps
... Kita memupuk insan yang luhur budi melalui tapisan hikmah berseni; dan buku memang tasik aneka ilmu yang perlu diselami sejujur qalbu. Buku mengasuh diri sasa bersuara; membaca menjadi jambatan bertuah. Kita merindui buku dan ghairah baca agar sentiasa canggih dan berhemah. ("Merindu Buku", A Samad Said , 2005: 432-433) * * * Puisi A Samad Said antara yang banyak mengasuh jiwa saya... Selamat panjang umur, Pak! sempena april 9. (terima kasih Wazari atas foto indah ini)
- Get link
- X
- Other Apps
Esok, April 10, mahasiswa saya (SKMM1043 Cerpen Melayu) akan meraikan beberapa tokoh cerpen Melayu sempena Hari Cerpen Melayu bersama kumpulan kuliah sarjana SKMM6053 Sastera Bandingan. Saudara dipersilakan hadir di Makmal Pengajian Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM bermula jam 10 pagi. ini ruang penghargaan atas budi sasterawan Melayu. datang ya untuk melihat pembentangan tokoh, persembahan seni, pelancaran laman sawang, pameran dan jamuan!
- Get link
- X
- Other Apps
Saya sangat terkesan dengan pelestarian alam sekitar sejak menjadi mahasiswa ekologi dahulu. beberapa falsafah menjadi amalan. minggu sudah rumah kami bergelap satu jam untuk menyertai kempen sedunia; walaupun setelah dimatikan suis lampu ada bisikan, hidupkan suis kipas atau tv, boleh? saya juga tahu tentang bring your own bag day (bagus sekali kalau beg membeli belah kita cantik seperti foto ini). sehingga kini amalan saya mengasingkan bahan2 buangan untuk kitar semula. saudara?