Z senang mengimbas kisah cinta remajanya dengan anak seorang pemilik ladang yang kaya. mereka dalam darjah yang sama. dan kemudian terpisah begitu sahaja bila gadis bermata cantik itu berpindah ke luar negara. semua orang punya narasi cinta remaja yang enak untuk didengar kembali. saudara? saya menulis kata pengantar buku lama ini...yang bernama cinta.

Comments

hasni Jamali said…
asalamualaikum dr.mawar. senyuman pada gambar masih kekal menyeri ruang blog ini. dengar khabar dr. juga sudah mula melangkah ke facebook? wah, bertambah luas jajahan dr selepas ini ya. :-)

saya pernah membaca Yang Bernama Cinta ini beberapa kali. sangat enak kandungannya. saya terkesan dengan luahan:

MOORE, 'bercintalah terus demi segala kesakitan dan bercintalah terus sampai ke akhir hayat'.

I. JOHN IV 18, 'tidak ada yang menakutkan dalam cinta, bahkan cinta yang sejati memusnahkan segala ketakutan.'

dan lain2 juga.
maaf, terlalu panjang komen saya. maklumlah, bila berkata ttg cinta, tidak akan ada penghujungnya, ya? :-)

dalam pesanan dr.mawar ttg 'btuto bukanlah netto' apa ya maksudnya?
along said…
Sempadan Tanpa Seri,
Fana dalam mencari diri...
Tunjukkan Aku Satu Bintang,
Buat mewarna sesuatu yang telah hilang...

('-') Semoga Dr terus sukses!
Abu Muazz said…
salam dr mawar... nukilan sulung selepas menyepi telah muncul...mohon dikritik agar lebih bermutu. moga ceria selalu...
Mawar said…
Hasni
bagus jika sudah membaca buku kecil itu. pesanan? di mana saya pesan?
Mawar said…
sdr Hamidi,
jumpa di blog sdr...
hasni Jamali said…
salam mesra,
dr.mawar, pesanan yang saya maksudkan itu, ada dalam buku yang bernama cinta itu. dr.mawar yang memberi kata2 awal dalam buku itu, jika tidak silap.
Mawar said…
Hasni
rasanya bukan saya. mungkin orang lain...