Hujung minggu lalu, saya bersama beberapa sahabat berjumpa setelah sekian masa sibuk dengan urusan masing-masing. dalam dingin sisa hujan, kami memanaskan badan dengan steamboat makanan laut dan sayur2an di Tupai-tupai, dilatari muzik alam suara burung merak. ah, saya jadi berselera sekali apatah lagi dapat mendakap tuan punya Tupai-tupai, kekanda Mahani Awang - sahabat dalam kembara umrah saya pada 1999 @ editor @ novelis Tiga Jalan Terpisah.
Comments
salam dr.mawar...lama tidak ketemu...bila rindu pada dr. saya pandang pada botol kaca yang tertera nama saya (dibeli sewaktu 'baca puisi gaza')...tq, kreatifnya dikongsi bersama.
Dr Mawar Shafei,
tidak terlewat untuk saya ucapkan selamat ulang tahun kelahiran. Didoakan keberkatan hidup yang berpanjangan.
Salam Mesra,
Ilham Hamdani
Canberra, Australia
terima kasih kerana mengenang saya bila melihat botol kaca!
terima kasih!
oh ya, memang begitulah perasaan saya pertama kali mendengar nama rumah makan ini 6 tahun lalu waktu mula dibuka bersebelahan dengan bangunan agam DBP. saya selalu bayangkan "tupai". rupanya ada cerita dari Mahani Awang di sebalik nama Tupai-tupai! jom ke sana!
selamat ulang tahun kelahiran. harap belum terlambat untuk ucapkan :)
terima kasih! apa cerita sekarang?
Bila nak datang makan nasi beringin kat Bangsar?
Sha