bahasa dan bangsa
bangsa itu diperibadikan bahasanya.
mengapa, kautanya,
apakah bahasa indah
yang melanjurkan kata
untuk menyedut madu makna
dan kongsi bersama
seperti dalam kenduri?
atau bahasa perlu
dilayarkan di sungai waktu
untuk menimbuskan lopak
dan gunung sejarah yang berpasir.
jadi, makna berlakon di pentas penglihatan
untuk mengutip sejambak bunyi
meletuskan sekuntum bunga kecil suara,
atau memutuskan seutas benang erti.
(Aksara Usia, 1998: 4)
selamat panjang umur mahaguruku, Prof Muhammad Haji Salleh (mac 26)
Comments
Teringat semasa bersama sekejap (dalam satu program) dengan Prof Hj Muhammad Salleh semasa beliau di Jepun. Beliau ketika bersajak semasa kami bersummer-camp di bandar Shiga.
Manisnya kenangan, bukan Dr Mawar?
ya, banyak kenangan manis dan seakan tidak mahu pergi. tapi hikmah juga Allah ciptakan keupayaan kita untuk lupakan kenangan pahit. biarlah ia berlalu seperti angin...
semoga dr.mawar juga sukses dengan kerja luar.
dr. baru semalam saya disentuh rasa seram, wah...terasa kehangatan drama ini semakin memuncak. tidak sangka pula tuan director ini yang 'terkena'. seram sangat.
Bahasa jiwa bangsa.
Rambut sama hitam,
kulit sama kuning langsat,
hidung sama memek.
Lenyap bahasa, jadilah manusia itu bangsa yang berjiwa asing dari keturunannya.
Rambut, kulit, dan hidung sama
Tapi jiwa lain-lain.
tahniah semua!
saya sangat bangga.
ya, antara keagungan Allah ialah DIA mencipta hamba-Nya dengan pelbagai wajah dan peribadi - dan kita banyak belajar daripadanya...
Dr,apa maksud peribahasa ni?