Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Kupinang tak dapat dapat,
Kupujuk pujuk kubawa lari.


Alahai, inilah antara cerita saya dari Lombok! Saya rakamkan dalam "Narasi Cinta dari Pulau Seribu Kubah".

(foto ini saya rakam selepas tiga sahabat mencari pinang di Balik Pulau. seorang antara mereka ternyata baru melihat buah pinang untuk kali pertama!)

Comments

Silir Senja said…
pinang merah...
pinang hijau...
pinang hitam...
warna berbeza tapi asas dan akar yg sama...buah pinang!
Banyak kenangan ada pada pinang..
Mawar said…
Silir,
ya, teringat arca besar buah pinang dekat Tanjung Bunga. siapa tak kenal buah pinang, pasti tak tau besi apa yang ada di situ! alahai...
ram said…
Assalamualaikum Dr.Mawar
Apabila melihat gambar buah pinang seseorang yang tajam daya pemikirannya pastinya akan membuat pelbagai variasi tafsiran. Ada yang menganggap sebagai lambang bahtera rumahtangga, adat, makanan atau sebagainya. Teringat juga saya, sewaktu mengutip buah pinang yang jatuh untuk dijual di zaman kanak-kanak yang lebih diulik riang permainan.
Mawar said…
Salam Sdr Ram,

begitulah weltanschauung Melayu; kita sebenarnya terlalu akrab dengan alam dan banyak memanfaatkannya dalam pemikiran.
ardisia said…
Salam,
Teringat lagu P.Ramlee,
Lanang dik oi lanang/lanang waktu muda../hantar sirih pinang/tapi kawin tak jadi.
Mawar said…
Ardisia,
hahahah, tragis.