Kupu-kupu terbang merayap,
hinggap di bunga menghisap madu,
hendak terbang tiada bersayap,
meranalah dinda menanggung rindu.
(Kumpulan Pantun Melayu, 1983: 322)
foto ini saya rakam di taman kecil, di sebuah pagi yang mendung.
pepatung ini seakan enggan melepaskan kudup mawar kami...
Comments
Rindu pada siapa ye, Puan.
Ya, tidak disebutkan.
Maaf. Kerana puan figur sastera, tertinggal juga tulisan ini.
hmm, suatu rakaman kenangan yang indah. sesungguhnya, yang ,manis dan cantik memang sukar untuk dilepaskan oleh si pepatung gagah itu. ya...?
ghairah rasanya apabila mendapat tahu bahawa encik Djamal Tukimin diangkat sebagai pensyarah tamu di UKM. kupu-kupu di Temasek tumpang merayap di bunga raya. harap anak singa terus dihargai di seberang tambak. :D
terima kasih.
salam idul adha.
ya, rindu selalu ada dalam dada manusia. dan ia akan selalu menari-nari dalam sedar atau mimpi...
Jadi suntingan tuan puteri;
Rindu hati tidak tertanggung,
Bilalah tuan nak jengok kami.
pepatung ini seakan enggan melepaskan kudup mawar kami...
Assalamualaikum Dr. Mawar,
May be because it is reserving the flower bud for 'umi' ... as in "Mawar untuk umi" at http://alurilmu.blogdrive.com
it's yr new novel? Cool...
bunga melati puteri saadung
harumnya sering membuat suka,
biarlah rindu terus menggunung
doa ingatan tak kan kulupa.
The new one is still in the making. NUA is already in the bookstore. Asyikin in NUA could be so close that you can feel she is around ....
definitely, i must get the novel, signed by the author!