Akhir-akhir ini saya gemar mendengar lagu-lagu lama, misalnya saya sedang mabuk kepayang dengan suara "tua" S. Effendi (sebelum ini ada entri lagu Fatwa Pujangga). Bisikan Hati adalah lagu asal dinyanyikan Kartina Dahari, juga sebuah lagu lama yang bikin anak muda sekarang geleng kepala. Foto ini saya rakam saat matahari senja di lebuh raya. hai, matahari senja yang semakin tua...
Akhir-akhir ini saya gemar mendengar lagu-lagu lama, misalnya saya sedang mabuk kepayang dengan suara "tua" S. Effendi (sebelum ini ada entri lagu Fatwa Pujangga). Bisikan Hati adalah lagu asal dinyanyikan Kartina Dahari, juga sebuah lagu lama yang bikin anak muda sekarang geleng kepala. Foto ini saya rakam saat matahari senja di lebuh raya. hai, matahari senja yang semakin tua...
Comments
Saya juga gemar mendengar lagu - lagu yang sudah lama kerana dapat membangkitkan saya kenangan masa lalu..pasti nya dapat cetusan ilham dalam karya seterusnya..
shh.. saya sebenarnya meminati lagu-lagu lama berbanding dengan lagu-lagu terkini. pada saya lagu begitu begitu 'sexy', baik dari seni kata mahupun rentaknya. Dr pernah mendengar lagu 'widuri'? (tidak pasti siapa penyanyi asalnya, mungkin bob tutopoli) lagu itu begitu sexy dengan suara penyanyinya yang merdu, ditambah dengan alunan muzik yang perlahan..
yang merindu menjelma kembali,
ingatan yang telah lalu,
bersama berjanji sehidup semati.
lagu lama dibaru kembali,
dengan suara gemersik siti,
iramanya hingga menusuk hati,
jelajah seluruh dalam diri.
saya suka, juga!
Dear Dr. Mawar,
Once a while, out of the blue, we may feel the call to visit something that we liked in the past. That something may be songs, pantuns, places ect. We feel a kind of nostalgic at times.
You can find classic pantuns just recently loaded onto this blog, http://alurilmu.blogdrive.com.
You can hear Fatwa Pujangga by S Effecndy & Aisyah at this site,
http://www.youtube.com/watch?v=kNRG_rDDd1M&feature=related.
Likewise, you can hear Madah pujangga by Saloma can be found at this site, http://www.youtube.com/watch?v=iC5BTSQII_4
Have a nice day
Oh, saya sudah sekian lama menggilai lagu-lagu klasik ini. Cukup menenangkan dan sarat makna. Tidak kurang penuh berseni. Saya lagi lagu kegemaran - "Sayang Di Sayang" (Kartina Dahari) - baitnya pendek tetapi dalam sekali pengertiannya.
p/s : kalau sangat-sangat 'tension' barulah dengar lagu tema Ally McBeal "Searching My Soul" (Vonda Shephard)!
wah, surprise! anak2 muda rupanya suka juga dengan lagu orang tua?! woooh!
eh, lagu lama mungkin saja menenangkan sdr. tapi saya pula rasa ia sering menggetarkan jiwa! atau seperti kata Uyaisha, sexy...but sweet (Uyaisha, Hasni...? :-) haha...
thanx for all the sites given. ya,nostalgic, dejavu... it is such a precious space. have a nice day too.
seksi tk semestinya sweet! tetapi keduanya boleh memikat seseorang. sy minat pada lagu yang seksi tetapi saya seorang yang mentel (mengaku!!)..... hehe. sebab mentel itu sweet, bukan?
"Bisikan Hati" saya dengar sejak zaman anak2 tahun2 70-an di Bukit Timah, Temasek. ini semua lagu cinta mak ayah saya... yeh, ia sweet, seksi dan mentel.
manis, sweet juga bicara kata,
salam hamba menghulur bicara,
bercuti sua tiada kata.
selamat bercuti semester,
ya, dr.mawar...jumpa lagi jika dipanjagkan usia....asalamualaikum.
tenang saja ya, Dia menduga tandanya sdr disayangi dan diperhatikan selalu...
ya selamat bercuti panjang. terus berkarya ya...
(baris yang ini dah lupa lak)
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan."
Lagu kegemaran dari dahulu sehingga kini. Ada juga lagu Rafeah Buang yang digemari tapi lupa tajuk. Memang terbuai mendengar lagu lama nih...
tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan...
hei, dari filem "Gurindam Jiwa"! saya suka juga, seraya lihat jelingan nakal Nordin Ahmad dan ayunya Latifah Omar.
"Di ambang sore....." entah siapa yang melantunkan lagu itu... Tapi aku ingat selalu!
terima kasih. senja, ya sering membawa kesayuan, mungkin kerana harus berpisah dengan matahari yang membawa energi dan harapan. tapi senja (menjelang maghrib)juga adalah pintu hari baru untuk muslim. mungkin selepas ini, saat senja yang ditunggu kerana kita akan mulakan hari baru...
ini kali pertama saya melayari blogger ini.walaupun seharian bekerja dgn internet.
terasa rindu untuk kembali belajar di pusat pengajian bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan melayu, ukm.
jemputlah ke sini.
kembali untuk menabur budi,
kembali ke tempat jatuh dan bermain...
woh, memang kita satu rasa!