Saya menyediakan resepi pasta dan bukan kek untuk hari lahir Wewe. Salad pasta kesukaannya. Baur semua: rebusan pasta (apa saja - macaroni atau spiral), belahan capsicum pelbagai warna, hirisan kubis/brokoli/lobak merah yang dicelur, belahan udang dan ayam yang dimasak awal, tuna, mayonis atau krim salad, sedikit susu segar. taburkan serbuk lada sulah/hitam/herba campuran. Happy Birthday Wewe... Nurul Khalisa @ Wewe ialah anak saudara saya yang manis sedang mekar remaja di Pulau Temasek.

Comments

Chempaka Aizim said…
Dr Mawar yg manis,
wow.. hadiah santapan untuk sambutan hari jadi. bagus sekali idea itu. jimat wang dan tetap tersimpul rasa kasih yang mendalam. kalah kamera ayah saya! hehe. terima kasih kerana pergi ke ruangan hasni. kami di dalam proses sampai ke klimaks. nanti akan saya hantarkan ke Dr lewat email.

aisya
www.ilham-uyaisha.blogspot.com
Nik KrEaTiF said…
Salam Dr.Mawar...

Wah macam sedap jer resepi Dr. Mawar kali nie...pasti saya akan mencubanya pulang ke kampung nanti bersama keluarga...hehe..
Mawar said…
Hi Nik,
memang sedap! sekali2 tukar selera. cuba ya...
Mawar said…
Uyaisha,

ya, masakan sebagai hadiah hari lahir atau hari istimewa, memang akan jadi istimewa...

ya, saya nanti cerpen unik tu

ps: cerpen sudah diedit saya gantung di pintu bilik. atas sampul saya tulis "untuk Cik Jocasta", rupanya awak sudah pulang ke Temasek...
hasni Jamali said…
salam manis buat si tukang masak yang rajin...

hmmm, tanggal 22 januari 2009, saya nanti juga masakan istimewa untuk merai hari lahir si dia. siapa ya? hmm....