Saya hanya mahu berbahgi resepi doh pizza; rasanya ini yang terbaik. walau sudah sejuk, pizza masih lembut. soal toppingnya - ya, ikut selera. jelas sekali saya terlupa membaur bawang, jadi ia yang paling atas, hingga Zahar menamakannya Pizza Bawang! Ayuh, cuba uli: 200g tepung gandum, 2 sudu teh yis serbuk, sedikit garam/gula, 1 sudu minyak sayuran/zaitun, air suam. biarkan setengah jam hingga saiz doh sekali ganda. kemudian terap atas pan dan hias segalanya - sos cili/tomato, capsicum, button mushroom, carrot, ayam/udang (segalanya!), BAWANG, keju dan tabur mix herbs. hey, ini sarapan kami di pagi sabtu!

Comments