Dalam riuh kesibukan kerja atau dalam kesunyian ditinggal sahabat, dan musim hujan petang, saya menyediakan sup untuk makan malam. ini memang signature dish. bawang besar, bawang merah, bawang putih, serbuk ketumbar + jintan manis + jintan putih dikisar sama. tumis bersama bunga lawang + cengkih + kayu manis. boleh tambah serbuk lada sulah + hitam. hirisan halia! daging ayam/kambing/lembu direbus dulu. hasil tumisan kemudian dibancuh dalam rebusan. biar sebati. untuk pekat boleh tambah bawang goreng waktu sedang masak. dan apa lagi...hidanglah dengan taburan daun sup/bawang! (mangkuk sup seusia saya ini dihadiah bunda...oh, terima kasih ma...)

Comments

syed_saiful said…
Salam dr,
bl dr. Myebut tentg sup,sy mgimbas kembali pcubaan sy utk menyediakn sup,aneh dan pelik,sup itu bwarna kelabu(tlebh rempah sup).agak kelakar,namun kakak sy mberi th,rsnya blh than..cm pelik..
hasni Jamali said…
ya, suapan kasih diresapi resepi enak begini amat bermakna sekali. lagi pula dihidang oleh yang tersayang. enaknya bertambah-tambah.
Nik KrEaTiF said…
salam Dr. Mawar ...

wah..sungguh menyelerakan resepi itu..pasti dari Singapore..harap Dr.Mawar dapat menghidangkan lagi pelbagai resepi masakan dari Singapore yang enak-enak..saya sukakan masakan..
Anonymous said…
Memasak...Bonda selalu berkata..."memasak adalah luahan rasa dari hati terdalam seorang wanita.." Mahal kan harganya..
Mawar said…
Syed,
haha, ya, pengalaman saya, kalau lelaki ke dapur, kebanyakannya gemar "menambah-nambah"; andaiannya akan jadi lebih enak...hehe! terus memasak ya.
Mawar said…
Hasni dan Nik
sdr berdua juga harus rajin ke dapur!
Mawar said…
Sdr Lumut
iya? mungkin juga. masakan bagi saya yang sibuk bekerja lebih merupakan ruang terapi, ekspresi! selebihnya eksperimen resepi!
Nik KrEaTiF said…
Salam Dr.Mawar yang di rindui..

Saya sudah tidak sabar untuk mencuba sup itu...lagi pula sup itu di masak sendiri oleh saya..macam mana la rasa agaknya..
Nik KrEaTiF said…
Salam Dr.Mawar yang di rindui..

Saya sudah tidak sabar untuk mencuba sup itu...lagi pula sup itu di masak sendiri oleh saya..macam mana la rasa agaknya..