Tiga mawar merah dari taman di rumah begitu memujuk hati saya yang sedang menumpang kesedihan orang lain. pagi ini, seperti lazim, sebelum keluar rumah, saya singgah di taman kami. ternyata lebih banyak kudup yang muncul. saya menghitung ada kurang lebih dua puluh! beberapa hari nanti, taman saya pasti merah dan wangi. alhamdulillah!

Comments

Chempaka Aizim said…
dr mawar,

sekadar mengirim ucap terima kasih kerana menyisipkan gambar kuntuman mawar mekar di sini. sangat terkesima saya melihat rupa bunga mawar segar. cantik rupanya. untung dr disamakan dengan bunga tersebut...
syed_saiful said…
tentang mawar...
hati sy penah terdetik...
wanita umpama mawar, harum dan mekar.
tetapi akan layu juga ahkirnya.
kadang-kadang cantik itu tidak semestinya bernilai..cantik, tetapi sukar digapai..cantik yang meracun hati..
iema... said…
sunnguh cantik mawar ditaman,
berwarna warni cantik rupawan,
serinya ia mengindahkan taman,
menjadi teman dikala kesepian.
Anonymous said…
Dr. Mawar,

Bunga mawar cantik dan baunya menyejukkan hati yang rawan. Sila lihat video 'Roses are red' oleh Bobby Vinton. Boleh dicapai pada URL berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=Sduq5sgK1hU

Selamat menuntun.
AzYu said…
Kesedihan hnya terubat melalui hati yg tenang..hati yg tng akan lahir melalui apa yg kita lihat..senyuman akan mudah terukir mellui ktenangan itu...jika kita melhat bunga mawar yg segar dan cantik ,maka senyuman kita akan terlukis sprti itu juga..emmm antara byi dan merpati itu. semestinya sy memilih byi..kerana jika byi itu terseksa ...dia tdk akan dpat lari ke mana2 utk melepaskn diri..sdngkn merpati itu dapat trbang dgn bebas..semestinya byi itu yg perlu dikasihi dn disayangi..=)
hasni Jamali said…
salam dr.mawar.
segar merah ros itu, seperti cik puannya.
hmmm, sy sempat melakar kuntum bunga utk dr.mawar, tapi saya segan nak bagi. tidak sesegar bunga di taman dr.

terima kasih juga kerana memberi puji galakan kepada saya...
jika lapang, jenguk2 lah blog saya selalu.
terima kasih
bunga mendamaikan hati ini yang dalam keresahan. bunga juga pengubat rindu dikala aku berjauhan dengan keluarga tercinta.
saya manis said…
emm...teruja sekali bagi saya bila kita dikelilingi oleh bunga, dr.mawar pun bagai bunga! lagi teruja bila wangian bunga-bunga itu dekat dengan diri kita. indah lagi jika bunga itu mampu tersenyum manis buat kita ketika pada waktu pagi yang penuh embun...
Mawar said…
Aisya
terima kasih kerana suka mawar merah di taman saya ini!
Mawar said…
Syed
ya, wanita umpama mawar. wanita akan selalu dihargai kerana keindahan yang mereka punya. begitu juga lelaki. semua manusia diberikan Allah keistimewaan tersendiri. dan pastinya wanita mahupun LELAKI akan "layu" dan kembali kepada Pencipta, akhirnya. Hey, LELAKI juga ada yang "meracun hati"!
Mawar said…
Iema
mawar di taman inderaloka,
merah dan wangi pujaan hati;
sahabat saat suka dan duka
itulah tanda hubungan sejati.
Mawar said…
Hasni
terima kasih. oh, lukisan itu pasti akan saya senangi!
Mawar said…
Alam nukilan kreatif,
ya, sdr harus datang ke taman saya. waktu pagi, saat saya mahu keluar ke kampus, daun mawar basah dek embun, dan kudup serta kelopak yang baru muncul begitu memberikan kita harapan dan kegembiraan yang sukar diterjemah. apalagi saat saya mengutip harumnya. wah!
Mawar said…
Aiens
adat merantau akan selalu merindu... kuatkan hati dan tabahkan diri. pertahankan perjuangan dan yakini apa yang dilakukan sekarang adalah untuk kebaikan semua yang disayangi...
nakumie said…
salam dr mawar

wah teruja sekali saya melihat kuntuman mawar,cantik sekali, sama juga dengan insan yang bernama Mawar mungkin..Pernah saya terfikir,kenapa ibu saya tidak menamai anak -anaknya dengan nama -nama bunga?? unik sekali bukan. Kenapa ya??
Anonymous said…
bunga mawar akan meninggalkan satu haruman yang begitu abadi-kata sdr shamsudin othman smalam-...
benar,sudah tentu harumannya seolah membawa kita kepada satu kehidupan yang lain..
begitu juga dengan dr mawar...mengikuti kuliah dr membuat saya berada di dunia lain...dan sudah pasti sgala nasihat dan ingatan dr akan sy ingati sampai bila2...malah ia memberi satu katarsis jiwa bila bertemu dr...terima kasih dr dan halalkan sgala ilmu ye....
Anonymous said…
spesis mawar yang ada di halaman rumah Dr. Mawar kebetulan sama spesisnya dengan mawar yang ibu saya tanam dahulu. masa tu, saya kecil lagi. sehingga sekarang saya tidak dapat lupa kenangan masa silam yang ada kaitan dengan pokok mawar tersebut. selain daripada ibu saya suka bercakap-cakap dengan pokok mawar(memujuk pokok hasilkan lebih banyak mawar) serta memakan kelopak bunga mawar tersebut, saya tak dapat lupakan insiden adik saya yang disengat hampir dua puluh ekor penyengat (atau lebah)ketika bermain berdekatan dengan pokok mawar tersebut.sangat menyedihkan melihat adik yang kecil disengat penyengat sebanyak itu...alhamdulillah dia tidak mengalami sebarang kompilasi selepas insiden itu. saya harap pokok mawar milik Dr. Mawar tidak dihuni oleh makhluk-makhluk Tuhan yang merbahaya kepada seisi keluarga tercinta.
Mawar said…
Nakumie,
sdr sendiri boleh memulakan menamakan anak2 sdr nanti dengan nama2 bunga! antaranya, "mawar", ya.
Mawar said…
... sesuatu...
terima kasih. semoga terus ada ilham untuk menghasilkan karya yang bagus.
Mawar said…
Merah menyala,
ya, banyak orang punya kenangan dengan mawar merah. ia pasti akan selalu membuat kita bahagia dan mahu menjalani hidup seterusnya dengan rasa yang sama...
ram said…
Assalamualaikum dr.Mawar...
Terima kasih atas segala nasihat dan sudi untuk menegur kelemahan diri saya dan amat berharap dr. dapat berkongsi ilmu..
Masih saya ingat kata-kata oleh dr.Hj Mohd Fadhilah Kamsah," orang yang menghormati guru,dia akan cemerlang"
saya juga amat teruja dengan karya daripada seorang hamba Allah..yang dinukilkan dalam laman sesawang www.iluvislam.com antara stanza tersebut:

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri.
(sebagai renungan untuk insan yang mahu ditunjangi akar iman dan taqwa)syukran...