“Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir, bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
... sempena ramadhan 17 yang barakah.

Comments

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri buat kanda Mawar. Lama tidak bersua.
MOHD SAIDI said…
salam dr mawar..



bunga ros di pasir tawar

anak sembilan di kampung rokan

salam aidilfitri dr mawar

salah dan silap mohon dimaafkan.



SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN..
abu naim said…
Selamat berpuasa dan menyambut hari raya. Terima kasih. Saya sedang bertatih mencipta blog. Blog dr. menjadi sumber inspirasi saya. Indah dan harum sekali blog dr. bagai mawar kembang di taman!!!
Mawar said…
Salam Salha yang dirindu
salam ramadhan dan nanti idulfitri buat Salha sekeluarga... terima kasih.
Mawar said…
Saidi,
Di bulan ramadhan banyak bertaubat
memohon ampun kepada Allah
orang beriman hidup bermanfaat
sembarang kerja membawa faedah.

terima kasih, selamat menyambut idul fitri juga buat Saidi dan keluarga.
Anonymous said…
Ramadhan semakin menuju hari yang ujung. Tetapi sebaliknya: semoga keinginan kita untuk beribadah kepada Allah SWT semakin bergelora dalam hati. Akhirnya hari kemenangan itu akan tiba juga: 1 Syawal 1429 Hijriyah telah di depan mata. Dr.Mawar pasti akan berhari raya bersama keluarga dan handai taulan. Baju baru, sarung baru, kasut baru, dan telekung baru telah dibeli. Dan semoga hari kemenangan itu akan semakin lengkap dengan harapan baru dalam hidup Dr. Mawar berserta keluarga. Sebesar2 maaf hamba pinta kepada Dr.Mawar, kalau ada kata yang khilaf dalam temu bual di dunia cyber yang aneh ini.Minal Aidin wal faizin, mohon maaf zahir dan batin. Jika kecil telapak tangan hamba, nyiru hamba tampungkan. Di hari yang fitri ini--sesuai namanya AIDIL FITRI--semoga hati dan jiwa kita juga menjadi bersih (fitri), seperti hati dan jiwa bayi yang baru dlahirkan ibundanya. Amin...Amin ya rabbal alamin!
Mawar said…
Salam Matahari,
terimakasih. setulus kemaafan dipinta dan dihulurkan jua. moga sudah bertemu malam seribu bulan yang dinanti. salam lebaran...
Mawar said…
Cikgu Naim
terima kasih! salam lebaran!