Saya pernah dengar seorang sahabat yang gusar jika tidak diuji Tuhan.
katanya, melalui ujianlah saya diperiksa dan tahu takat mana iman yang ada.
saya juga tidak jarang melihat sahabat yang sering pula diduga.
masya Allah.
namun doa saya khusus buat seorang kakak yang budiman.
sabar, kuat dan moga cepat sembuh, Kak Ton!


Comments

Anonymous said…
salam dr mawar.catatan itu sekonyong-konyong membuatkan saya membelek sirah keluarga yang diisi dengan ramai orang sakit yakni dari asma mengah lelah,darah tinggi menongkat leher,barah rahim menggugah rasa sampailah kepada sakit pening muntah anak-anak.ulang-alik dan kunjungan ke rumah sakit sampai tak terhitung banyaknya.pengalaman ini menyedarkan saya betapa penting menjaga kesihatan dan sabar mengunyah dugaan daripadaNYA..tak gitu dr?
Mawar said…
Salam Sdr Ainol
terima kasih kerana singgah lagi. ya,saya juga banyak belajar daripada kesakitan keluarga dan sahabat. ternyata, kita hanya tahu makna sihat apabila kita sakit... dan ketika itulah kita akan selalu mahu dekat dengan NYA. tapi alangkah jika manusia mahu selalu dekat dengan NYA bila-bila masa... betapa malunya saya!
Anonymous said…
Salam, terima kasih Mawar kerana mendoakan. Ujian ini perlu diterima dengan reda. Ketentuan di tanganNya, yang Maha Mengetahui.
Mawar said…
Kekanda yang pengasih,
begitulah sebaiknya. sabar dengan dugaNYA. bukankah DIA sering mengingatkan..."jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu". ayuh, kanda!