Pernahkah saudara terpempan ketika membelai tangan bunda, sesekali pulang dan meletak kepala di pangkuannya, mendapati tangan itu sudah tua. betapa garis berlapis itu banyak memberi makna kasih sayang yang tidak dapat dihitung. saya merasa getarnya bila melihat banyak garis di tangan bunda tercinta. doa kesejahteraan saya buat semua bunda ...

Comments

Anonymous said…
salam dr.meskipun dia jauh di desa namun raut durjanya yang sesejuk salju mampu meleraikan kerinduan padanya.jasanya yang seluas segara biru hanya mampu dibalas dengan setadah doa seusai solat.
Assalamualaikum, puan Mawar, kunjungi blog puisi sy yg telah dikemaskini, http://puisi-uswah.blogspot.com
Mawar said…
Salam Sdr Uswah,
tahniah, laman yang bagus dengan puisi yang menyegarkan!
Anonymous said…
salam DR MAWAR... begitu indah lakaran puisi yg diwardahkan...indah dan mendamaikan sukma yang dilanda kesunyian dan kerinduan yg sukar diterjemahkan terhadap keluarga tercinta...terlalu dalam bait-bait secalit kata itu...sedalam dasar-dasar lautan yg begitu sukar untuk diterokai...Dr Mawar, puisi sebegini begitu dekat dgn kehidupan saya... :-{ ( FaRaDi RoHaNi ) adyduka bertautsepi
salam DR MAWAR... begitu indah lakaran kata yg diwardahkan...indah dan mendamaikan sukma yang dilanda kesunyian dan kerinduan yg sukar diterjemahkan terhadap keluarga tercinta...terlalu dalam bait-bait secalit kata itu...sedalam dasar-dasar lautan yg begitu sukar untuk diterokai...Dr Mawar, genre sebegini begitu dekat dgn kehidupan saya... :-{ ( FaRaDi RoHaNi ) adyduka bertautsepi

ini Url blog saya:http://adydukabertautsepi.blogspot.com
ardisia said…
Bait2 kata Mawar di sini membuatkan saya rasa sedih pula bila terkenangkan saat menjengah ibu kandung Sabtu lepas, sudah jauh berbeza walaupun baru tak sampai setahun tidak bersua, hanya tinggal tulang dan kulit...oh alangkah!Ya Allah, ampunilah semua ibu2 di dunia ini dan di akhirat sana.
Mawar said…
Sdr Ainol
baru sekarang saya membaca nota ini. terima kasih. ya, begitulah ibu dalam hati semua anaknya.
Mawar said…
Faradi,
dia yang kita cinta. sering membuat keharuan yang mendebarkan!
Mawar said…
Ardisia,
doa kita selalu buatnya!
Nai said…
kata-kata indah yang mendalam maknanya...rasa mahu terus pulang ke JB sekarang!
Mawar said…
Nai,
selepas reda nanti, fikirkan jadual yang selayaknya untuk pengajian dan kembali ke pangkuan keluarga di selatan. harus saksama...