Beringin tua di pinggir jalan raya/ di sebuah ibu kota yang setengah muda/ratusan tahun usianya berdiri/menadah matari memayungi bumi/burung-burung berterbangan menyanyi/di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia/kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya/anak-anak bermain di keteduhan perdunya... namaku Beringin pohon tua yang terbuang/dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan (Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya, Usman Awang, 1979). Ketua saya minta dicarikan puisi ini untuk dibaca di sebuah persidangan...
Comments
Puisi ini mengingatkan saya kepada pohon-pohon angsana di sekitar Alor Star yang semakin hari semakin tertimbus di bawah konkrit-konkrit pembangunan.
Kalau kak free,datang-datanglah melawat blog saya.
Terima kasih sekali lagi atas tawaran kak semasa di dbp baru-baru ini.
ya, begitulah. sedih sekali. selamat maju jaya buat Azriq. sehingga berjumpa lagi.