Terima kasih Salsabila kerana membawa xiang si dou bersama kenangan lalu! Saya membaca xiang si dou juga lambang cinta dalam lagenda, puisi dalam baris novel The Dream of the Red Mansion (Hong-lou-Meng). Kisah airmata Pao-Yu bila dipisahkan daripada teman jiwanya, Dai-Yu. Dan bagi saya xiang si dou adalah makna kasih sayang yang selalu merah membara, cinta yang riang sering mahu dibawa bersama ke mana-mana dan seperti dalam puisi, "ia terus mengalir tanpa henti seperti air di kali".

Comments