Semalam waktu memandu pulang, saya melihat seorang lelaki Cina tua yang begitu perih mengheret seguni barangan berhampiran kawasan jualan sisa/kitaran. Mungkin itulah rezekinya. Menjadi tua. Begitu wajahnya. Saya teringat cerpen Anwar Ridhwan dengan judul yang sama (Sangkar, 1989). Watak Hassan yang bertemu banyak orang tua di kelas kritikan sastera. Cerpen Abdullah Tahir juga, "Penantian di Walden Place" (Sang Tahanan, 1997), kisah Jan yang alzheimer. Baru pula saya mendengar kisah seorang sasterawan yang penjuru hidupnya di rumah orang tua. Saudara sedih mendengar kisah manusia menjadi tua? Atau kehidupan manusia di "rumah orang tua" kini sudah berubah warna. Ia tidak lagi dalam kerangka "anak derhaka" mengirim ibu bapa ke sana, malah itulah kehendak jiwa mereka. Cepat sekali saya mahu merakam segalanya ini dalam cerpen terbaru saya, "Dia dari Penjuru Tahun Lalu".

Comments

Assalamualaikum. Saya menjemput puan mengunjungi blog saya,
http://tamanulama.blogspot.com & http//puisi-uswah.blogspot.com

Selamat mengunjungi.
Mawar said…
Salam Sdr Uswah

salam tahun baru. tahniah kerana cintakan puisi dan banyak menulis. terus berkarya ya!
Anonymous said…
salam...
bukankah setiap apa yang kita pernah lakukan kepada orang tua kita pada masa lalu, akan berbalik kepada kita apabila sempat menjamah usia tua kelak?