Catatan Tanggah

Saluran kegemaran saya!

*     *     *

Si Ranggi Michael

*     *     *

Si Cantik Meeta 

*     *     *


Resepi yang saya catatkan berikut,
sudah saya cuba dan hasilnya sangat menguja!
Silakan mencuba...

 

Dhalca Daging (lembu/ayam/kambing)

Bahan-bahan
200gm kacang dhal - direbus
200gm daging - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil
2 biji lobak merah - dipotong kecil
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam

Bahan tumis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.

Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing. Saya menambah satu sudu teh serbuk jintan manis, jintan putih dan sedikit serbuk ketumbar.

Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut. Saya merebus/merenih daging dalam periuk asing; sesudah empuk baru saya tuangkan bahan-bahan dhal.

Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.
 
Terima kasih Noreen! (*catatan serong adalah tambahan saya sendiri - mawar)


*     *     *



Kek Cokelat Super Moist

Bahan A
2 cawan tepung
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
sedikit garam

Bahan B
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
3 biji telur
sedikit vanilla
1 cawan air sejuk/ais

Cara
Campurkan kedua-dua bahan. Bakar sehingga masak. Curah topping bila kek reda panas dan tabur chocolate rice.

Topping
cokelat masakan 125g
1 sudu makan serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis
3 sudu teh minyak jagung
(cairkan double boiler)

Terima kasih Liza dan Vegan (saya tukarkan air didih kepada ais)


*     *     *



Kari Kepala Ikan Merah

Bahan-bahan kisar
bawang putih 5 biji
bawang merah 5 biji
bawang besar 3 biji
halia 3 cm
3 sekawan - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga

cili kisar 3 sudu besar
serbuk kari ikan 3 sudu besar
serbuk kari daging 3 sudu besar
serbuk ketumbar 1 sudu besar
serbuk jintan manis 1 sudu besar
serbuk jintan putih 1 sudu besar
santan
daun kari
garam
sedikit pes asam jawa
tomato
kepala ikan merah (pilihan)


Cara
Tumiskan bahan kisar dan semua serbuk rempah hingga garing. Tambah daun kari dan 3 sekawan.Tambah cili kisar. Goreng hingga pecah minyak. Tambah garam.

Tambah sedikit air dan santan. Masukkan 1 sudu kecil pes asam jawa.

Masukkan ikan. Renihkan. Tambah tomato dan siap!

Resepi ini saya catat berdasarkan pengalaman memasak, membaca dan bertanya mereka yang arif. Rasanya ini resepi yang mudah dan menjadi dan sedap! oh, ya untuk masakan yang segera dan mudah, saya selalu gunakan santan kotak sahaja. Untuk resepi ini saya guna santan kotak kecil. syyy, jangan beritahu omak mertuo den...!


*     *     *

Si Manis Isabella

*     *     *

Mavin



Ayam Kapitan 

Bahan Kisar
lengkuas
kunyit hidup
bawang merah
bawang putih
cili padi

Cara
Perap ayam dengan rempah kari.
Tumiskan bahan kisar. Tambah helaian daun kari dan daun pandan.
Masukkan ayam
Tambahkan santan
Masukkan hirisan serai, garam dan sedikit gula.
Renihkan dan hidang.



* tanpa melihat kembali resepi dari buku Mavin, saya catatkan ini berdasarkan pengalaman memasaknya. ternyata ia amat mudah namun terasakan rempah nan asli.

*     *    *





Pisang Goreng


Terima kasih Kak Ton (jiran kami) yang memberi resepi mudah menggoreng pisang menggunakan tepung gandum. ya, resepi yang sangat mudah dan yang penting menjadi; tanpa perlu saya mencari tepung segera. caranya hanya bancuh tepung gandum dengan air untuk dapatkan bater yang cantik dan kemudian baurkan dengan dua sudu mentega, sedikit garam. insya Allah, akan dapat hasil pisang goreng yang rangup. saya letakkan gambar pisang goreng gengsi ini dari Morsels & Musings. ya, Alif Matiin juga suka makan pisang goreng cecah manisan (madu). oh, rupanya enak juga ditabur sedikit kelapa. wah, apa lagi? teh panas tanpa gula satu!


*     *     *


Sambal Sotong Sumbat


Bahan Kisar
Cili kering 4 tangkai
Cili merah 2 tangkai
Cili padi 2 tangkai
Serai 2 batang
Buah keras
Bawang merah 5 ulas


Isi 
Udang 200g dibuang kulit dan dipotong kecil
Daun bawang
Daun saderi
Sedikit serbuk lada sulah*
Garam

Bahan utama
Sotong sederhana besar
Minyak masak untuk menggoreng
Pati santan
Serbuk ikan bilis
Garam
Sedikit air

Cara
Gaulkan bahan isi dan sumbatkan ke dalam perut sotong, kemaskan dengan kepala sotong (sedikit renyah) dan sematkan dengan lidi kecil. selesaikan untuk sejumlah sotong yang dimahukan.

Gorengkan sotong dalam minyak hingga pejal dan masak.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan santan, serbuk ikan bilis, garam dan sedikit air.
Renihkan dan masukkan sotong sumbat. Renihkan sebentar. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi!

* Saya ubah daripada biji lada sulah. Saya juga mendadu kecil lobak merah untuk menambah warna dalam bahan isi sotong. oh ya, pastinya resipi enak ini dari Mavin Yong juga.


* * *

Ayam Pandan

baurkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kicap manis, cili giling - semuanya lebih kurang 2/3 sudu besar, sedikit garam+gula, bersama ayam yang dipotong kecil. balut ayam dengan lipatan seni daun pandan, kemudian sematkan dengan lidi kecil. biarkan semalaman. goreng. hidangkan dengan sos cili kasar (apa2 jenama) ditambah dengan hirisan lemon.

* * *

Bubur Bonda



tumis bawang merah+putih+serbuk jintan manis+jintan putih+ketumbar+bunga lawang+kayu manis+cengkih. tambah air rebusan udang/daging/ayam. baurkan semua dalam periuk berisi beras yang sedang dimasak. serasikan semua. tambah daging/ayam cincang, udang, lobak yang didadu dan akhir sekali santan dan kunyit (kuningkan bubur). sekarang bubur sedia dihias dengan daun bawang/sup, bawang goreng, ikan bilis, kacang goreng. hidang dengan sambal terasi. atau sambal kicap pedas  (tumbuk cili padi+bawang putih+kicap+gula dengan perahan limau).

* * *


Sambal Terasi


Belacan/terasi, lada merah dicampur tomato dadu, perahan serta hirisan kulit limau dengan sedikit gula.

* * *


Nasi Morocco
Terima kasih Chef Sabri!


Bahan utama
Beras basmathi 5 cawan
Air rebusan kambing 6 cawan
Minyak sapi 1 cawan
Minyak jagung 1/2 cawan
Daging kambing didadu 200g
Bawang putih 5 ulas
Bawang merah 5 ulas
Halia sebesar ibu jari
Daun bay 2 helai
Serbuk jintan manis 2 sudu makan
Serbuk jintan putih 2 sudu makan
Serbuk ketumbar 1 sudu makan
Serbuk lada hitam sedikit
Serbuk kunyit sedikit
Bunga cengkih 5 biji
Tomato 5 biji dibelah empat
Daun ketumbar
Garam

Cara
Panaskan minyak sapi, minyak jagung, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, daun bay, semua bahan serbuk, daging kambing (yang sudah direbus hampir empuk) dan garam. baurkan semua hingga sebati. masukkan bahan2 ini ke dalam periuk nasi (elektrik). masukkan beras dan air rebusan kambing. kacau serasi. masak hingga mendidih. tambah tomato dan daun ketumbar bila hampir masak. taburkan daun pudina, kismis atau gajus goreng bila nasi siap ditanak. hey, sudah siap! Oh, emak saya antara orang yang tak akan percaya saya sudah tahu menyediakan nasi Morocco (ala2 nasi arab ini!). sebagai peneman nasi, saya sediakan juga acar dan lauknya. wah, ini sudah macam juadah pengantin!


Acar Rampai



Acar Rampai
Bahan
Timun buang empulur 1 batang
Lobak merah 1 batang
Biji sawi1 sudu kecil
Bijan1 sudu kecil
Kismis 2 sudu makan
Minyak masak
Cuka 1 sudu kecil
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Cili kisar 2 sudu besar
Bawang besar 1 labu dan bawang putih 3 ulas dikisar
Garam, gula


Cara
Tumis biji sawi, bahan kisar dan cili hingga garing. tambah garam, gula dan cuka. padamkan api. masukkan timun, lobak, bijan, kismis. baur mesra.



Daging ayam/kambing/lembu/kerbau (!) masak prunes
Bahan
Daging pilihan (direbus empuk - kecuali ayam)
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 5 ulas
Halia setengah ibu jari
Cili kisar 3 sudu makan
Rempah kari 1 sudu makan
Sos tomato 1 sudu makan
Kicap pekat 1 sudu makan
Prunes tanpa biji 1 paket

Cara
Tumis bawang, halia, cili, rempah kari. tambah sedikit air rebusan daging.  masukkan daging. tambah sos tomato, kicap dan prunes (sudah dikisar kasar). renih hingga daging masak. sedikit garam dan gula. percaya? untuk pertama kali seumur hidup saya memasak daging kerbau (hahah, saya dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau). heh, ini kerbau dari pasaraya, ya! dan sekali lagi emak saya tak akan percaya anaknya memasak daging kerbau.


* * *



Spaghetti (ala-ala bolognese)
Bahan
Spaghetti dicelur
Taburkan sedikit campuran herba di atasnya saat dihidang dalam mangkuk bujur (harum!)

Bahan kuah
Ayam kisar (boleh tukar daging. saya tidak makan daging lembu!)
Bawang merah, dikisar, sebahagian dihiris besar
Bawang putih, dikisar, sebahagian dihiris besar
Cendawan butang, dibelah dua
Sos tomato
Sos cili
Sos spaghetti (saya selalu pilih sos cendawan)
Tomato segar, dikisar
Lobak merah, dikisar, sebahagian dipotong kiub
Sedikit garam, lada sulah, lada hitam
Sedikit keju (saya guna ceddar)
Sebiji telur (dibaur awal)
Kepingan sosej
Sedikit serbuk campuran herba (mix herbs banyak dijual di pasar)

Cara
Masukkan semua bahan. saat mendidih, masukkan beberapa potongan keju dan telur.taburkan campuran herba. oh, mudahnya!


* * *


Sup Cendawan
Bahan
Cendawan tiram
Mentega
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar daun thyme
800 ml stok ayam
200 ml krim
Garam dan lada sulah.

Cara
Cairkan mentega. tumis bawang, layukan cendawan dan tyhme. tuang stok ayam, didihkan dan renihkan. kisar campuran. masukkan kembali dalam periuk. tuang krim dan perasakan dengan garam dan lada sulah. memandangkan saya ketiadaan krim, saya gantikan dengan kepingan keju. enak dimakan saat hangat. apalagi kalau menghirup sup di tepi jendela melihat hujang turun. wup!

ps: oh ya resepi ini dari penerbitan Resipi Prima dengan judul Cendawan. ya, itu bukunya dalam foto.

* * *


Ayam Goreng Belacan 
Bahan
Ayam yang sudah digoreng 
Cili padi
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Belacan
Serai
Sos ikan
Limau nipis

Cara
Kisar cili padi, bawang, halia. tumis. tambah belacan. masukkan ayam. sos ikan. . tambah air jika mahukan berkuah dan perahkan limau nipis. taburkan sedikit gula. hiriskan serai dan baurkan.

 resepi yang mudah tapi enak kerana banyak segi rasanya. pedas, masam, manis, masin. harus cuba resepi turun temurun dari chef misteri....

* * *